GPS tunggu PRU15 selesai, sedia kerjasama gabungan jamin kestabilan

Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedia bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti yang boleh menjamin kestabilan politik negara selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Tanpa menamakan mana-mana gabungan politik, beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata ini merupakan prinsip GPS sejak dahulu.

“Kami di GPS ini kita hendak kerajaan pusat kerajaan (yang) stabil, kerana kita faham kerajaan pusat mestilah kerajaan yang stabil supaya kita dapat menggerakkan ekonomi, baru sahaja keluar daripada masalah Covid-19 dan nak fokus kepada rakyat, ekonomi dan negara.



“Berlandaskan itu saya boleh katakan bagi pihak GPS, kita akan bersama mana-mana pihak yang kita boleh harapkan dapat mewujudkan kerajaan yang stabil (bagi) kepentingan negara dan rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Program Promosi Kraf Sempena Kempen Beli Barangan Malaysia 2022, di Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Ditanya sama ada GPS akan bekerjasama dengan parti gabungan lain dalam membentuk kerajaan selepas PRU15, Nanta, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata ia merupakan antara yang akan dibincangkan pada mesyuarat tertinggi PBB, Selasa ini.

Sementara itu, Nancy (gambar, bawah) yang juga Naib Ketua Wanita PBB, berkata GPS mahu melihat kestabilan politik negara.



Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) diberikan kapada Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak sebagai syarat untuk mana-mana gabungan politik untuk mendapatkan sokongan GPS.

”Ia (jawatan TPM) bukan perkara utama buat masa ini. Jawatan itu bukan dikatakan tidak penting, jawatan besar itu, perkara yang kita boleh bincang nanti.

“Apabila kita mendapat sokongan padu daripada rakyat, dapat undi dan kemenangan yang begitu besar sekali, kita mempunyai suara yang lebih dan kita boleh mencadangkan kepada kerajaan pusat mengenai bagaimana gabungan itu akan boleh menguatkan lagi Malaysia (hasil) sokongan daripada Sarawak,” katanya.

Selain PBB, GPS terdiri daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).



Pada PRU14, seramai 19 daripada 222 Ahli Parlimen diwakili GPS.

– Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau



Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker