Teresa gesa kerajaan guna ubat tradisi China kekang Covid-19


KEMENTERIAN Kesihatan digesa mencontohi kejayaan Negara China mengawal penyakit Covid-19 dengan menggunakan perubatab tradisi China (TCM) sebagai salah satu langkah untuk mengawal penularan wabak Covid-19

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berkata, salah satu sebab negara China berjaya mengatasi penularan wabak Covid-19 adalah kerana negara itu menggunakan TCM untuk mengubati pesakit Covid-19.

Katanya, TCM menunjukkan keberkesanan yang amat tinggi untuk mengatasi wabak Covid-19.

“Mengikut laporan agensi berita China, CGTN, kerajaan China telah meluluskan tiga jenis ubat TCM yang berpaten sebagai ubat yang boleh mengubati Covid-19, iaitu Jinhua Qinggan granules, Lianhua Qingwen capsules, dan suntikan Xuebijing.

“Ketiga-tiga jenis ubat ini telah dijalani ujian klinikal dan didapati berkesan mengurangkan simptom demam dan keradangan pesakit Covid. Ubat-ubat ini juga telah luas digunakan untuk mengubati 70,000 pesakit Covid di seluruh China,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen DAP itu, beliau difahamkan ketiga-tiga jenis ubat TCM tersebut tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

Teresa mendakwa pakar TCM negara China telah melawat Malaysia dan menawarkan perkhidmatan dan bantuan kepada Malaysia pada bulan April tahun lalu tetapi Kementerian Kesihatan tidak terima tawaran perkhidmatan tersebut.

Justeru, ubat-ubatan tradisi Cina tersebut tidak dapat digunakan oleh doktor tempatan untuk mengubati pesakit Covid-19.

Tambah beliau, Pesiden Persekutuan Persatuan Tabib Perubatan Tradisional Cina dan Akupuntur Malaysia Professor Dr. Ng Po Kok pernah mengeluarkan kenyataan dan menulis surat kepada Kementerian Kesihatan untuk mencadangkan penggunaan TCM untuk mengubati pesakit Covid-19,tetapi cadangan telah ditolak.

“Memandangkan wabak Covid-19 telah menular dengan kadar yang membimbangkan di seluruh negara, saya ingin minta kerajaan mempelajari dan mencontohi kejayaan Negara China mengubati Covid-19 dan mengawal penularan wabak ini.

“Saya bercadang Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan doktor TCM di Malaysia dengan di beberapa pusat kuarantin ataupun hospital sebagai permulaan. Sekiranya TCM didapati berkesan, maka Kementerian boleh memperkenalkan TCM di hospital-hospital lain,” katanya.

Setakat semalam jumlah kes aktif mencapai 34,789, dengan kes harian yang direkodkan semalam adalah sebanyak 4,498.

Dilaporkan banyak hospital kerajaan dan swasta dipenuhi oleh pesakit Covid dan menghadapi masalah kekurangan katil pesakit khususnya di unit kecemasan (ICU) di banyak hospital.

“Dalam keadaan yang kritikal ini, saya ingin menyeru kerajaan merujuk kejayaan Negara China untuk menangani wabak Covid-19.

“Mengikut laman web penyakit covid di laman web: worldometers.info/coronavirus/country/china, negara yang mempunyai penduduk 1.4 billion hanya mempunyai 300 kes yang aktif setakat 22 April 2021, di antaranya 299 adalah simptom ringan,” katanya. SM

Teresa Kok antara pemimpin DAP yang buruk perangai ketika rakyat hilang mata pencarian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker