Teresa Kok antara pemimpin DAP yang buruk perangai ketika rakyat hilang mata pencarian

Sementara rakyat berjuang untuk mencari nafkah kerana kesan dari pandemik Covid-19, ramai dari mereka beralih ke perniagaan makanan dan minuman.

Kaedah itu antara pilihan terbaik untuk mereka menjana pendapatan demi sesuap nasi kepada keluarga ketika berdepan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru, Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan menyambut baik pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa untuk membenarkan kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur termasuk Putrajaya dan Labuan menjadi wilayah bebas berniaga.

Ketuanya, Mohammed Nizham Abdullah Hamidi berkata, dengan pengumuman menteri itu, membolehkan sesiapa sahaja yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan PKP menjalankan perniagaan kecil-kecilan di sekitar bandar raya itu.

Beliau berharap, cadangan itu disokong pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan panduan yang tepat, peraturan ringan dan syarat perlesenan untuk memastikan aktiviti perniagaan itu tidak mengganggu lalu lintas atau menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan warga kota.

“Pada masa sama, kami kecewa dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana tidak membuat komen yang membina ketika membahaskan perkara ini dalam sidang Dewan Rakyat.

“Dia telah menunjukkan tingkah laku yang tidak dapat diterima dengan memprovokasi ahli-ahli Parlimen lain untuk membuka gerai nasi lemak di Jalan Parlimen.

“Kegagalannya memahami keseluruhan isu dan saranan dasar oleh kementerian telah menunjukkan kurangnya profesionalisme wakil rakyat DAP itu dalam mewakili konstituennya.

“Dia (Teresa) adalah contoh seorang pembangkang yang hanya membangkang semata-mata tanpa matlamat yang jelas,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Annuar dalam programnya di Taman Desa di sini Selasa lalu, dilaporkan berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada warha kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya mula 15 November ini.

Beliau bagaimanapun menyatakan, peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL yang ditawarkan secara percuma.

“Mulai Ahad 15 November ini, Kuala Lumpur akan menjadi ‘wilayah bebas berniaga’… sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat yang sesuai, misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan,” katanya.

Mohammed Nizham berkata, Pemuda BN Wilayah Persekutuan mengalu-alukan sebarang cadangan dari kalangan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan untuk menangani masalah yang melibatkan rakyat.

Kata beliau, dalam masa yang sukar ini, semua Ahli Parlimen harus bersatu membantu rakyat, yang bukan sahaja menghadapi Covid-19, tetapi juga krisis ekonomi yang serius dan jauhi perbezaan ideologi politik. MG

Kamarul Zaman fail saman fitnah RM8 juta terhadap Teresa Kok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker