PKP di beberapa kawasan di Pahang, Pulau Pinang, Perak

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di beberapa daerah dan mukim di Pahang, Pulau Pinang serta Perak selama dua minggu mulai Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PKP di Pahang membabitkan Kuantan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 1,578 kes positif COVID-19 dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di daerah berkenaan.

Katanya, KKM turut mengesahkan terdapat peningkatan jumlah kes sporadik di daerah terbabit dengan 10 kluster aktif direkodkan setakat ini.



“Di Pulau Pinang, PKP dilaksanakan di tiga daerah dan tiga mukim selepas KKM melaporkan 14 kluster aktif ketika ini dengan kadar insiden yang semakin meningkatkan.

Kes Covid-19 terkini: 4,519 kes baru, 25 lagi kematian

“Pelaksanaan PKP ini membabitkan daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan manakala mukim membabitkan Mukim 12, Barat Daya; Badar Butterwortf, Seberang Perai Utara dan Mukim 14, Seberang Perai Utara,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Ismail Sabri berkata, PKP di Perak pula membabitkan mukim Hulu Kinta merangkumi Ipoh, Chemor dan Tanjong Rambutan serta mukim Pengkalan Hulu dan Belukar Semang di daerah Hulu Perak.

 

Umno bukan tiada otak nak desak PRU15 waktu Covid-19 memuncak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker