Keadaan genting, katil ICU hospital awam, swasta makin penuh

Sebaran :

Ketika katil ICU untuk Covid-19 semakin dipenuhi pesakit, Ketua Pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah meminta kerjasama orang ramai untuk memastikan sistem penjagaan kesihatan tidak runtuh.

Bercakap pada sidang media pertamanya dalam tempoh lebih dari dua bulan, dia menyampaikan data menunjukkan lima hospital di Lembah Klang sudah beroperasi di luar kapasiti.

Di seluruh negara, lebih daripada 70 peratus katil ICU Covid-19 di 19 hospital awam sudah dipenuhi.



“Kami menggesa semua rakyat untuk memastikan anda mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana kami berada dalam kedudukan kritikal.

Teresa gesa kerajaan guna ubat tradisi China kekang Covid-19

“Hospital awam dan hospital swasta semakin kehabisan katil ICU dan katil (kes Covid-19).

“Mudah-mudahan, anda dapat memberi kami tempoh dua minggu. Itu akan memberi kita (jangka masa) penampan (untuk) mempersiapkan dan mengatur kembali diri kita untuk menurunkan kes-kes tersebut supaya hospital-hospital kita dapat memenuhi pesakit yang telah dijangkiti Covid-19,” katanya.



Senarai nama pusat membeli-belah dikesan berisiko Covid-19


Sebaran :

Leave a Reply