Kes Covid-19 terkini: 4,519 kes baru, 25 lagi kematian

Sebaran :

Jangkitan harian kes Covid-19 terus melonjak dengan 4,514 kes baru dilaporkan hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 25 lagi korban direkod menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,657 orang.

“Kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing lima kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak, masing-masing empat kes di Selangor dan Johor, masing-masing dua kes di Kelantan dan Kedah, serta masing-masing satu kes di Sabah, Perak dan Pulau Pinang,” katanya.



Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata seramai 393 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 210 kes memerlukan bantuan pernafasan, maklumnya lagi.

Selangor merekodkan 1,722 kes, manakala Kuala lumpur 557 kes.

Tak boleh rentas ikut darat, ikut sungai pula

Sarawak pula melonjak kesnya (479) dan Kelantan (373).



Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula, jelasnya sebanyak 36,564 kes.

Selanjutnya, Dr Noor Hisham berkata 16 kluster lagi dikenal pasti hari ini.

[Berita penuh menyusul]




Sebaran :

Leave a Reply