Euro2020: Ronaldo tolak tepi minuman Coca Cola tajaan kejohanan [VIDEO]

Euro2020: Ronaldo tolak tepi minuman Coca Cola tajaan kejohanan [VIDEO]

Euro2020: Ronaldo tolak tepi minuman Coca Cola tajaan kejohanan [VIDEO]

CRISTIANO Ronaldo tidak gembira dengan penganjur Euro 2020 kerana meletakkan dua botol Coca-Cola dalam bilik sidang media.

Syarikat minuman Amerika Syarikat itu merupakan penaja Euro 2020.

Selepas melihat botol Coca-Cola di hadapannya dalam bilik sidang media, Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut ‘agua’ (dalam bahasa Portugis bermaksud air), sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.

Euro2020: Ronaldo tolak tepi minuman Coca Cola tajaan kejohanan [VIDEO]

Perkara yang tidak asing bagi Cristiano Ronaldo yang sentiasa mengetengahkan gaya hidup sihat dan memastikan tahap kecergasan dalam keadaan yang baik sepanjang kariernya.

Jadi tidak hairanlah jika pemenang Ballon d’Or lima kali itu tidak gembira dengan botol Coca-Cola bottles diletakkan dihadapannya berbanding sesuatu yang lebih sihat.

Secara tidak langsung, tindakan Ronaldo itu memberikan impak negatif buat Euro 2020 serta Coca-Cola.

Syarikat minuman itu merupakan penaja rasmi kejohanan tetapi Cristiano Ronaldo menentang daripada mengambil minuman tersebut secara umum, mungkin penganjur Euro 2020 boleh memikirkan semula kedudukan botol itu selepas ini. Awani

Euro2020: Ronaldo tolak tepi minuman Coca Cola tajaan kejohanan [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Gimik Hantar Bola Dengan Kereta ‘Remote Control’ Jadi Bualan Peminat Euro 2020 [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker