UM siasat pelajarnya dilarang duduki peperiksaan

UM siasat pelajarnya dilarang duduki peperiksaan

UM siasat pelajarnya dilarang duduki peperiksaan

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) sedang meneliti dakwaan seorang pelajar jurusan perubatan dihalang pihak pentadbiran universiti daripada menduduki peperiksaan kerana belum menerima suntikan vaksin COVID-19.

UM dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan pihak pengurusan universiti memandang serius laporan polis yang dibuat pelajar terbabit dan sedang meneliti perkara itu secara lebih terperinci.

Katanya, pihak universiti juga terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak terbabit demi menyelesaikan perkara itu.



“UM bukan sahaja tempat melanjutkan pengajian tinggi, ia juga adalah nadi kepada pelbagai aktiviti membabitkan orang ramai seperti rawatan perubatan, keagamaan, kebudayaan dan sukan.

“Oleh yang demikian, pihak universiti mengambil semua langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk memastikan risiko penyebaran jangkitan COVID-19 dalam kampus dapat dikawal,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, menjadi tanggungjawab UM untuk menyediakan kampus yang kondusif dan selamat kepada warga kampus dalam berdepan pandemik ini.

“Komitmen UM dalam memerangi wabak COVID-19 juga dapat dilihat melalui sumbangan pakar perubatan dan saintifik dalam pelbagai aspek.



“Ini termasuk peranan Pusat Perubatan UM sebagai pusat rawatan pesakit COVID-19 dan UM sebagai Pusat Pemberian Vaksin COVID-19,” katanya.

Justeru, katanya warga kampus perlu sama-sama memikul tanggungjawab demi memastikan bukan sahaja diri sendiri dapat dilindungi, bahkan keluarga dan orang ramai turut sama terlindung.

Semalam, media melaporkan seorang pelajar perubatan sebuah universiti tempatan mendakwa dilarang menduduki peperiksaan kelayakan kerana belum menerima suntikan vaksin COVID-19.

Pelajar berusia 22 tahun itu dilaporkan berkata sudah memaklumkan pihak universiti mengenai pendiriannya tidak mahu divaksin dan pihak universiti tetap mendesaknya mendapatkan suntikan vaksin.

Pelajar itu dikatakan bersetuju dan membuat pendaftaran vaksin sebelum memaklumkan kepada pihak universiti pada April lalu.



Namun, pelajar itu mendakwa belum menerima tarikh temu janji untuk menerima vaksin sehingga tarikh peperiksaan iaitu pada 8 Jun lalu dan pihak universiti melarangnya menduduki peperiksaan itu serta diarah meninggalkan dewan.

Dia juga dikatakan memohon untuk menduduki peperiksaan itu secara berasingan namun ditolak.

Sehubungan itu, pelajar terbabit membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, semalam. BH

UM siasat pelajarnya dilarang duduki peperiksaan


Layari Laman Facebook MYKMU NET




Pelajar perubatan dakwa tak dibenar duduki peperiksaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker