Kerajaan mesti tambah bahan PdPR

Kerajaan mesti tambah bahan PdPR

Kerajaan mesti tambah bahan PdPR

Kementerian Pendidikan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta agensi lain mesti menggembleng tenaga memperbanyak siaran, mesej video dan rancangan di televisyen bagi membantu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan, Dr Maszlee Malik, berkata ini sebagai usaha tambahan bagi membimbing ibu bapa membantu anak sepanjang PdPR.

“Ketika kita menghadapi saat getir sekarang ini, Kementerian Pendidikan perlu menjadi pemudah cara untuk menggembleng tenaga semua untuk rakyat bangkit seiring senada bersama membangunkan pendidikan negara.

“Selain daripada guru, ibu bapa yang secara tidak langsung menjadi guru di rumah, ketika PdPR berlangsung memerlukan bimbingan, bahan sokongan dan juga panduan untuk membimbing anak-anak. Hal ini perlu diberi perhatian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Maszlee berkata, di beberapa negara luar seperti dilaporkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), mereka menyediakan saluran khusus dan pelbagai program penerangan di media untuk membimbing ibu bapa, bagi tujuan pendidikan anak-anak.

“Kami menggesa Kementerian Pendidikan berkongsi data murid tercicir dan menyatakan pelan mereka untuk memperbaiki keadaan dan langkah-langkah pemulihan.

“Kementerian juga perlu berkongsi data keberkesanan PdPR dan membentang pelan penambahbaikan, demi kelangsungan pendidikan murid-murid,” katanya.

Maszlee berkata, Kementerian Pendidikan seharusnya mewujudkan laman web rujukan yang khusus kepada guru dengan memuatkan bahan pengajaran, modul dan latihan yang boleh digunakan untuk PdPR.

“Kerajaan juga perlu menubuhkan Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan yang dianggotai oleh pakar, profesional, ahli akademik dan wakil daripada guru dan persatuan ibu bapa untuk merangka pelan bersepadu pendidikan pasca COVID-19.

“Hal ini sudah berkali-kali dibawa oleh pelbagai pihak, namun dipandang sepi oleh kerajaan,” katanya. BH

Kerajaan mesti tambah bahan PdPR


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Calon SPM luar bandar tertekan PdPR dalam keadaan capaian internet lemah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker