Sorok Kekasih Dalam Bilik Tidur Selama 10 tahun Hanya Kerana

Sorok Kekasih Dalam Bilik Tidur Selama 10 tahun Hanya Kerana

Sorok Kekasih Dalam Bilik Tidur Selama 10 tahun Hanya Kerana

KERALA : Gara-gara bimbang hubungan tidak direstui kerana perbezaan agama, seorang lelaki bertindak menyembunyikan kekasihnya di dalam rumah ibu bapanya di Ayiloor, Kerala sejak 10 tahun lalu.

Portal tempatan India Times melaporkan, wanita itu hanya keluar pada waktu malam untuk ke tandas dan terperap dalam bilik kekasihnya sepanjang masa.



Sorok Kekasih Dalam Bilik Tidur Selama 10 tahun Hanya Kerana

Wanita yang dikenali sebagai Sajitha, 28, itu dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar bertemu saudaranya, 10 tahun lalu.

Pun begitu, pencarian wanita itu tidak menemui sebarang petunjuk termasuk ada yang menyangka dia sudah meninggal dunia.

Kekasihnya, Rahman Khani, 34, akan mengunci pintu bilik itu setiap kali dia keluar dan Sajita pula akan menggunakan tingkap bilik itu untuk keluar pada waktu malam tanpa diketahui sesiapa.

Dia juga mengakui memasang pagar elektrik di kawasan biliknya bagi mengelak keluarganya mengetahui dia tinggal bersama kekasihnya.



Bukan itu sahaja, lelaki itu juga tidak lagi makan bersama keluarganya sejak 10 tahun dan membawa makanan dalam jumlah yang besar ke dalam bilik untuk dimakan.

Sorok Kekasih Dalam Bilik Tidur Selama 10 tahun Hanya Kerana

Melihat perubahannya itu, ahli keluarga Rahman menyangka dia sudah tidak siuman.

Perkara itu terbongkar apabila, pasangan itu mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah sendiri tanpa memaklumkan kepada keluarga Rahman.



Menyedarinya anaknya tidak pulang ke rumah, ibu bapa Rahman membuat laporan polis tentang kehilangannya.

Baru-baru ini, polis menemui Rahman di sebuah perkampungan Nemara, tidak jauh dari rumah keluarganya.

Soal siasat yang dijalankan polis, dia mengaku tinggal bersama kekasihnya dalam bilik tidur di rumah keluarga tanpa diketahui sesiapa.

Pun begitu, dalam satu lagi portal tempatan On Manorama, ibu bapa Rahman, Muhammed Karim dan Aathika menafikan berita kononnya anak lelakinya tinggal bersama kekasih di bilik rumah mereka selama 10 tahun.



“Struktur dinding bilik Rahman adalah hanya separuh. Ini bermakna jika ada kelibat mana-mana individu di dalam, kita boleh nampak,” katanya.

Malah, katanya, bumbung bilik Rahman juga diubahsuai tiga tahun lalu.-Indian Times

Sorok Kekasih Dalam Bilik Tidur Selama 10 tahun Hanya Kerana


Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO] Bijak Ke Gila? Wanita Ini Balas Dendam Untuk Bangkitkan Cemburu Bekas Kekasih



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker