TMJ berminat kendali Harimau Malaya

TMJ berminat kendali Harimau Malaya

TMJ berminat kendali Harimau Malaya

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan dirinya untuk mengendali dan menguruskan skuad Harimau Malaya dalam usaha meningkatkan prestasi skuad kebangsaan.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) meluahkan perkara itu dalam kenyataan ringkas melalui Insta Story di laman Instagram miliknya hrhcrownprinceofjohor hari ini.

“Kepada Presiden FAM, izinkan saya menguruskan pasukan kebangsaan. Saya akan sediakan fasiliti latihan dan jurulatih yang terbaik. Saya tidak janjikan kejayaan segera tetapi saya memberi jaminan akan peningkatan skuad kebangsaan,” tulisnya.

Tunku Ismail turut menjelaskan sebab barisan pemain JDT tidak “perform” dalam skuad Harimau Malaya walaupun mereka berjaya membantu kelab itu memenangi 17 piala dalam saingan domestik.

TMJ berminat kendali Harimau Malaya

“Jawapannya ialah kepimpinan. Contoh, selepas 17 piala, pemain JDT bermain setiap perlawanan seolah-olah mereka tidak pernah menang apa-apa. Intensiti, disiplin dan fokus. Bagaimana?

“Awak mahu tahu apa perkara pertama yang saya lakukan di JDT? Saya kawal semua ‘access’ dalam pasukan. Dari media, wartawan, syarikat dan juga pemain dalam penggunaan media sosial supaya mereka akan lebih fokus kepada kerja masing-masing,” tulisnya lagi.

Pada masa sama Tunku Ismail turut mencadangkan FAM tidak memberi status naturalisasi kepada mana-mana pemain asing dengan sewenang-wenangnya pada masa akan datang.

“Hari ini pergi untuk tugasan pasukan kebangsaan bukan lagi satu misi atau tugas bagi sesetengah orang. Ia seperti percutian musim panas.

“Sistem mesti diubah. Lepas ini naturalisasi jangan bagi sebarang sebarang. Ia mesti dikawal dan dianalisis oleh pasukan teknikal skuad kebangsaan. Adakah pemain itu sesuai dengan gaya permainan kita?,” tulisnya.

Jelas Tunku Ismail lagi, sasaran realistik, selangkah demi selangkah dan setiap langkah positif adalah bonus.

“Jika keputusan tidak baik, kita bekerja keras,” katanya. FMT

TMJ berminat kendali Harimau Malaya


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Dia hisap ganja ke?- TMJ

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker