Najib tidak jelma jadi Wolverine

Najib tidak jelma jadi Wolverine

Najib tidak jelma jadi Wolverine

Saya tak jelma jadi ‘Wolverine’, Najib tepis dakwaan masuk ICU selepas vaksin

Najib Razak secara lucu menepis dakwaan beliau sedang dirawat di ICU, mengatakan beliau tidak menjelma menjadi “Wolverine” – watak adiwira Marvel Comics – selepas disuntik vaksin Covid-19 dua bulan lalu.

Ketika menceritakan kehidupannya selepas divaksin dengan penontonnya di Facebook, Najib berkata beliau menjalani kegiatan harian seperti biasa, malah bersenam dan bermain FB tanpa masalah.

“Saya bernasib baik sudah terima vaksin dua bulan lalu, tetapi saya tahu ada pihak yang sebarkan macam-macam berita kononnya saya mengalami masalah selepas divaksin,” katanya.

Bekas presiden Umno itu juga cuba meyakinkan penontonnya bahawa tiada mikrocip disuntik dalam badannya.

Dalam pada itu, Najib kecewa pendaftaran vaksin masih rendah, situasi yang memperlahankan sasaran negara mencapai imuniti kelompok.

“Yang dah daftar ketika ini hanya 13 juta sahaja, sedangkan rakyat Malaysia ada lebih 30 juta. Ini bermaksud 17 juta tak daftar diri atau sekurang-kurangnya 8 juta penduduk perlu mendaftar untuk negara capai imuniti kelompok,” katanya.

“Nampaknya, jauh lagi kita dari sasaran ini. Kita sudah kesuntukan masa dan berada pada tahap kritikal,” kata Najib yang menyeru semua individu berusia 18 tahun ke atas segera mendaftar untuk divaksin.

Dalam pada itu, Najib menggesa kerajaan pergiatkan usaha memberikan suntikan vaksin kepada rakyat, memandangkan hanya 3 juta penduduk menerima dos pertama. FMT

Najib tidak jelma jadi Wolverine


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Aliff kena masuk kelas masakan sebelum jual produk makanan – Chef Wan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker