Upah bunuh suami dibayar secara ansuran

Upah bunuh suami dibayar secara ansuran
Upah bunuh suami dibayar secara ansuran

LEHIGH, PENNSYLVANIA – Seorang wanita di Amerika Syarikat didakwa cuba mengupah pembunuh upahan untuk membunuh suaminya dan menawarkan membayar AS$4,000 (RM16,460) secara ansuran iaitu AS$100 (RM411) seminggu, lapor majalah Newsweek kelmarin.

Claudia F. Carrion, 44, dituduh melakukan cubaan membunuh apabila mengambil khidmat pembunuh upahan bagi membunuh suaminya.

Maklumat kes tersebut diperoleh daripada kenyataan akhbar yang dikeluarkan pejabat peguam daerah Lehigh, James B.Martin dan Ketua Polis Allentown, Glenn Granitz dan dikongsikan oleh Jabatan Polis Allentown Jumaat lalu.



Kenyataan tersebut menulis, oleh kerana tidak mampu untuk membayar wang AS$4,000 (RM16,460) itu sekali gus, Carrion mendepositkan wang berjumlah AS$100 (RM411) sebagai wang pendahuluan dan akan menjelaskan bakinya kemudian.

“Wanita tersebut yang dikenali sebagai Carrion, bertemu dengan seorang detektif polis Allentown yang menyamar. Dia memaklumkan mahu suaminya dibunuh kerana tidak tahan didera,” tulis kenyataan itu.

Pihak berkuasa turut mendakwa bahawa Carrion pernah cuba untuk mendapatkan khidmat pembunuh upahan atas tujuan sama sebelum ini.

Carrion yang gagal membayar wang jaminan sebanyak AS$500,000 (RM2.1 juta) dihantar ke penjara daerah Leheigh menjelang perbicaraan kesnya yang dijadualkan berlangsung pada 8 Julai depan. Agensi



Upah bunuh suami dibayar secara ansuran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Suami maut disimbah asid, isteri, 6 lelaki direman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker