Saya setuju mana-mana pihak mahu tolak tepi PRU15 – Nazri Aziz

Sebaran :

Saya setuju mana-mana pihak mahu tolak tepi PRU15 - Nazri Aziz

 

Saya setuju mana-mana pihak mahu tolak tepi PRU15 – Nazri Aziz

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz berkata semua pihak harus melupakan seketika “angan-angan” pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ketika negara masih bergelut dengan pandemik Covid-19.

“Tak payah lah fikir nak PRU atau tak, selagi kita tak selesaikan perkara ini (melandaikan lengkuk jangkitan), kita kena fokus lawan Covid-19. Kita tak boleh pentingkan diri sendiri,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas gesaan dibuat Pengarah Pilihanraya Umno, Tajuddin Abdul Rahman yang meminta partinya supaya tidak mendesak kerajaan Muhyiddin Yassin mengadakan PRU15.

Nazri berkata, perkara paling utama yang perlu diberi tumpuan semua parti ketika ini adalah kesihatan rakyat, berikutan angka jangkitan ketika ini masih tinggi.

“Kes Covid-19 makin lama bukan makin reda, angka ketika ini sangat menakutkan.

“Rakyat perlu jadi keutamaan, bagi rakyat vaksin secepat mungkin, kita fokus kerja ini dahulu,” katanya.

Nazri berkata, tanpa mengambil kira fahaman politik mana-mana individu, beliau akan menyokong sesiapa sahaja yang meletakkan kepentingan kesihatan rakyat sebagai agenda utama.

“Saya tak kira, siapa saja yang kata PRU harus diketepikan dahulu, saya setuju. Saya tak kisah dia (tangguh PRU) datang dari siapa,” katanya.

Gesaan Tajuddin itu kemudian disambut baik oleh Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, dengan menyifatkan ia sebagai tepat pada masanya.

Takiyuddin berkata, fokus seluruh jentera kerajaan persekutuan dan negeri kini ialah memerangi pandemik Covid-19 yang belum reda.

Pada Perhimpunan Agung Umno 2020 Mac lalu, parti itu menuntut supaya PRU15 diadakan selepas tempoh darurat tamat, sama ada pada 1 Ogos atau tarikh sebelumnya jika darurat ditamatkan lebih awal.

Saya setuju mana-mana pihak mahu tolak tepi PRU15 – Nazri Aziz


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Laksa Air Itam henti operasi kerana gangguan pemungut hutang, Covid-19

 


Sebaran :

Leave a Reply