Suami isteri direman kerana maki hamun, halang tugas polis

Suami isteri maki hamun polisSuami isteri direman kerana maki hamun, halang tugas polis

Polis menahan suami isteri yang menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan mengeluarkan kata-kata kesat pada kejadian di Jalan Persiaran Kewajipan di sini, Rabu lalu.

Malah mereka turut menggunakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) disyaki palsu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, anggotanya yang menjalankan pemantauan menahan kenderaan suspek di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Persiaran Kewajipan, jam 7.26 petang.



“Semasa pemeriksaan, suspek wanita berusia 42 tahun melakukan provokasi malah merampas dokumen lelaki warga Pakistan berusia 33 tahun yang berada di tangan anggota polis.

“Wanita itu turut mempersoalkan pemeriksaan yang kami buat,” katanya pada kenyataan hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, kedua-dua suspek direman tiga hari untuk membantu siasatan.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi satu minit 59 saat menunjukkan seorang wanita memarahi anggota polis selepas dipercayai tidak berpuas hati suaminya ditahan untuk pemeriksaan. HM



Suami isteri direman kerana maki hamun, halang tugas polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Suami isteri maki polis kena tahan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker