BMW terbabas, terperosok dalam kedai makan

BMW terbabas, terperosok dalam kedai makan

Seorang lelaki cedera ringan apabila kereta jenis BMW yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah kedai makan di KM68 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Bidor, Perak.

Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail dipetik Sinar Harian sebagai berkata, kejadian kira-kira jam 11.30 malam lewat Jumaat itu melibatkan seorang lelaki berusia 37 tahun dalam perjalanan dari Bidor menghala ke Tapah.



“Kenderaan terbabit terbabas melanggar tiang lampu di tepi jalan hingga patah sebelum terperosok masuk ke dalam kedai makan.

“Siasatan lanjut mendapati punca kemalangan adalah terbabas sendiri.

“Ketika siasatan, pemandu berkenaan tiada di tempat kejadian sehinggalah laporan polis dibuat pada jam 12 tengah hari di Balai Polis Bidor,” katanya.

Menurutnya, kenderaan terlibat ditahan untuk pemeriksaan pihak Puspakom dan kes diklasifikasikan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. FMT



BMW terbabas, terperosok dalam kedai makan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO] Insiden Langgar-Pemandu BMW Mohon Maaf Kepada Anggota Rela



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker