6 ditahan ‘berseronok’ di pusat hiburan ketika PKP

Sebaran :

6 ditahan ‘berseronok’ di pusat hiburan ketika PKP

6 ditahan ‘berseronok’ di pusat hiburan ketika PKP

Pemeriksaan polis mendapati individu berkenaan leka berhibur di sebuah bilik ketika serbuan di pusat hiburan itu. (Gambar PDRM)

KOTA KINABALU: Seramai enam individu termasuk empat wanita ditahan kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan berhibur di sebuah pusat hiburan, di Jalan Pantai, dekat sini, tengah malam tadi.

Kesemua mereka ditahan kira-kira jam 1.40 pagi di sebuah bilik di pusat hiburan terbabit oleh sepasukan polis dari cawangan Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Pegawai Turus D7 IPK Sabah, Alhusin Halil berkata, dalam operasi khas Op Noda yang dilaksanakan itu, tiga yang ditahan adalah warga asing tanpa sebarang dokumen pengenalan diri manakala tiga lagi didapati positif dadah.

Katanya, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati premis berkenaan beroperasi tanpa kebenaran dan telah melanggar SOP PKP yang ditetapkan.

”Proses pemeriksaan dokumentasi mendapati seorang lelaki dan dua wanita adalah bukan warganegara manakala selebihnya warga tempatan.

”Semua ditahan mengikut Perkara 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana tidak menjaga penjarakan sosial, mengunjungi pusat hiburan dan tidak mengimbas MySejahtera,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Alhusin berkata, semua yang ditahan berusia 17 hingga 54 tahun manakala penjaga premis terbabit pula akan disiasat mengikut Seksyen 4 Ordinan Hiburan Awam (PEO) 1958. FMT

6 ditahan ‘berseronok’ di pusat hiburan ketika PKP


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Penjawat awam antara ditahan dalam serbuan ‘private party’


Sebaran :

Leave a Reply