Rakyat Malaysia kembali hidup normal selepas kejayaan vaksinasi Hungary

Rakyat Malaysia kembali hidup normal selepas kejayaan vaksinasi Hungary

Rakyat Malaysia kembali hidup normal selepas kejayaan vaksinasi Hungary

Memakai pelitup muka kini tidak lagi menjadi perkara wajib, taman awam dibuka semula kepada pengunjung, orang ramai boleh menjamu selera di restoran dan pelajar kembali ke sekolah, beginilah gambaran kehidupan di Hungary hari ini, tatkala banyak negara lain mengenakan sekatan pergerakan dan rakyat terpaksa hidup di dalam norma baharu.

Suasana itu disaksikan penuntut Malaysia, bagaimana rakyat Hungary beransur-ansur meninggalkan amalan norma baharu yang dicetuskan wabak COVID-19 dan kembali kepada kehidupan pasca pandemik, lantaran kejayaan program vaksinasi.

Puteri Norliana Megat Ramli yang berada di bandaraya Budapest, berkongsi perasaan leganya ketika mengimbau detik 21 Mei apabila Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban mengumumkan sebahagian besar sekatan COVID-19 ditarik balik pada 21 Mei, termasuk memakai pelitup muka di tempat awam, selepas 50 peratus penduduk negara itu divaksin.

Dihuni 9.8 juta orang, Hungary satu-satunya negara di Tengah dan Timur Eropah yang menyaksikan separuh daripada penduduknya sudah menerima vaksin COVID-19 dengan sekurang-kurangnya satu dos.

Kini terdapat kira-kira 100 rakyat Malaysia berada di Hungary.

Satu lagi perkara menarik berdasarkan pemerhatiannya, walaupun memakai pelitup muka di tempat terbuka bukan lagi satu kemestian sejak 23 Mei, namun tidak berlaku lonjakan kes COVID-19 sehingga kini.

“Saya gembira dapat kembali dengan kehidupan seperti sebelum ini pada pasca COVID-19. Kini lebih bebas dan saya dapat menghirup udara segar tanpa memakai pelitup muka,” katanya.

Puteri Norliana berkata, universiti dibuka dan kelas fizikal disambung semula selepas berbulan-bulan mengikuti pembelajaran secara dalam talian sejak November tahun lalu.

Sementara itu Nor Amira Abdul Rahman, 31, berkata semakin ramai orang mula berkumpul di tempat awam untuk menikmati musim panas terutama mereka yang mempunyai kad imuniti yang dikeluarkan kerajaan.

 

Rakyat Malaysia kembali hidup normal selepas kejayaan vaksinasi Hungary
Nor Amira Abdul Rahman.

“Lebih banyak perniagaan terutamanya pusat beli-belah dibuka, boleh makan di restoran, dan pawagam juga dibuka. Orang ramai boleh bergerak dan meneruskan rutin harian mereka tanpa pakai pelitup muka.

“Semuanya kelihatan normal, lebih ramai orang keluar dan ada yang menghabiskan masa di Danau Balaton (tempat rekreasi di Hungary) dan bersukan seperti biasa,” kata pelajar doktor falsafah Biologi di Universiti Eotvos Lorand (ELTE), Budapest.

Nor Amira memuji usaha kerajaan Hungary dalam memastikan pemberian vaksinasi dengan cepat dan percaya Malaysia juga sedang giat berusaha ke arah itu.

Bernama turut menghubungi Duta Hungary ke Malaysia Dr Petra Ponevács-Pana untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kejayaan memerangi virus sehingga membolehkan negara itu dalam jangka waktu yang singkat berada di fasa pasca wabak.

Apatah lagi selepas negara itu dilanda gelombang ketiga COVID-19 pada Mac, apabila 11,265 kes harian dilaporkan setiap hari. Namun, hanya kurang tiga bulan, jumlah kes menurun amat ketara, dengan hanya 199 kes dilaporkan pada Jumaat lalu.

“Pada 4 Jun konsert pertama berlangsung, ratusan pengunjung menghadirinya, mereka meraikan sambil mendengar muzik di sebuah kelab terbuka.

“Anda boleh minum kopi dengan rakan-rakan anda, anda dapat bersiar-siar di bandar, anda dapat menonton teater dan melawat muzium. Jadi, pada dasarnya kehidupan sudah kembali normal di Hungary,” katanya.

Kunci utama kejayaan ini ialah usaha mempercepatkan pemberian vaksin dan Hungary adalah negara pertama di Kesatuan Eropah (EU) yang menggunakan vaksin COVID-19 dihasilkan Sinopharm China dan Sputnik V Russia, sekali gus membantu menjadi satu daripada negara yang mencapai kadar vaksinasi tertinggi di EU.

Diplomat itu yakin Malaysia juga mampu mencapai kejayaan yang sama susulan usaha kerajaan yang giat untuk meningkatkan kadar inokulasi.

Beliau turut memuji sikap rakyat Malaysia yang mematuhi prosedur operasi standar (SOP) yang ditetapkan kerajaan, ia akan membantu lagi usaha negara untuk memutuskan rantaian jangkitan.

“Saya sentiasa berasa selamat berada di sini di Malaysia dan semua rakan saya juga berasa selamat, kerana rakyat mematuhi peraturan yang menjadi asas penting untuk memerangi COVID-19.

“Saya kembali ke Hungary beberapa bulan lalu dan terkejut melihat orang-orang di sana. Mereka tidak disiplin seperti rakyat Malaysia. Pakai pelitup muka di luar, tidak pergi beli-belah, saya fikir rakyat Malaysia pada amnya sangat berdisiplin,” katanya. – BERNAMA

Rakyat Malaysia kembali hidup normal selepas kejayaan vaksinasi Hungary


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Tiga remaja cipta pelitup muka berperisa, RM14 sehelai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker