Perwakilan PAS mahu pemimpin terus pujuk Zahid

Perwakilan PAS mahu pemimpin terus pujuk Zahid

Muktamar PAS ke-68 hari ini sebulat suara menerima dan meluluskan usul penyatuan parti politik dan pertubuhan Melayu Islam bagi memastikan strategi satu lawan satu demi mengelak perpecahan undi, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Usul itu dibentangkan perwakilan dari Dewan Ulama PAS Pusat Roslan Md Isa.

Ketika membahaskan usul berkenaan, perwakilan Taiping, Mahjube Hanafi, berkata semua pihak harus mengakui undi Umno adalah penting bagi mewujudkan kekuatan politik orang Melayu Islam di negara ini.

Walaupun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ibarat sudah menutup pintu kerjasama melalui platform Muafakat Nasional (MN), beliau mencadangkan kepimpinan parti segera mengeluarkan surat jemputan kepada pimpinan Umno untuk bergerak “sederap” dalam PRU15 bagi memastikan strategi satu lawan satu direalisasikan.

Ini kerana katanya, presiden Umno dan akar umbi di bawahnya ibarat “kepala kereta api dan gerabak” yang tidak boleh dipisahkan.

“Semalam presiden Umno nyatakan bahawa jangan kita terhegeh-hegeh ajak Umno bersama PAS, (tetapi) program rasmi kita ajak..akar umbi Umno mereka hadir dan suasana mesra wujud di sana.

“Saya cadang usaha satu rangka pelan tindakan tersusun, kita terus keluarkan surat jemputan kepada pimpinan Umno untuk bersama dalam PRU15 memastikan satu lawan satu, teruskan walau mereka tak berminat,” katanya di hadapan lebih 1,300 perwakilan.

“Jangan kita lupa pada Umno kerana mereka penentu kemenangan majoriti 2/3 pada PRU15.”

Dalam pada itu, Nazari Mokhtar, perwakilan dari Tenggara, Johor, pula berkata agenda perpaduan ummah perlu diperluaskan kepada parti bukan Islam agar PAS dapat dilihat sebagai “hero” tulen dan sejati.

“Jangan difikir Melayu Islam sahaja sebab yang mengundi kita bukan Melayu Islam sahaja sebab demokrasi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak adalah dari pelbagai kaum dan bangsa maka kita perlu buka.

“Kita dalam budaya politik matang dan sejahtera kena terbuka… Islam untuk semua,” katanya.

Sementara itu, perwakilan sayap pemuda, Nazrul Nazir berkata, PAS Pusat menetapkan tiga matlamat utama parti bertanding dalam PRU15, iaitu memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak kembali memerintah; BN tidak perintah secara sendirian, dan pastikan kerusi Melayu Islam lebih banyak di Parlimen.

Justeru, sebarang pandangan yang melangkaui ketetapan itu, beliau meminta ahli keluar dari “jemaah”.

“Kita nak bagi amaran kalau ada yang cuba lebih-lebih daripada apa diputus PAS Pusat supaya henti tindakan itu ataupun kalau tak nak berhenti keluarlah dari jemaah,” katanya.

Terdahulu, Muktamar PAS ke-68 meluluskan enam usul tanpa bahas dan tujuh usul untuk dibahas yang diluluskan sebulat suara.

Antara usul dibahas pada muktamar kali ini adalah mewujudkan subjek sains politik; memelihara tanah rizab Melayu; isu pendatang asing tanpa izin (Pati); pindaan Akta Tanah Kawasan Penempatan Berkelompok GSA 1960; dan PAS menerajui gerakan Islam merentasi sempadan negara dan benua. FMT

Perwakilan PAS mahu pemimpin terus pujuk Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker