Penyedia perkhidmatan perlu peka nama pelanggan didaftar, kata persatuan

Penyedia perkhidmatan perlu peka nama pelanggan didaftar, kata persatuan

Penyedia perkhidmatan perlu peka nama pelanggan didaftar, kata persatuan

Syarikat penghantaran makanan diingatkan supaya peka terhadap nama pelanggan yang didaftarkan di dalam sistem mereka agar tidak menyentuh sensitiviti kaum di negara ini, kata Persatuan Penghantar p-panggilan (Penghantar).

Ia turut mempersoalkan bagaimana nama yang tular di media sosial itu boleh didaftarkan dalam aplikasi syarikat tersebut.

“Adakah syarikat tidak peka dengan sensitiviti ini atau sistem itu membolehkan sesiapa sahaja mendaftar serta membuat pesanan tanpa melalui tapisan terlebih dahulu?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, polis menahan lima penghantar makanan berusia 19 hingga 40 tahun disyaki terlibat dalam kejadian pukul beramai-ramai seorang pelanggan di Sungai Way yang menggunakan nama menyentuh sensitiviti agama.

Polis turut menahan pelanggan berusia 29 tahun itu dan giat mengesan beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menggunakan perkataan menyentuh sensitiviti agama orang lain dan Seksyen 147 kanun sama kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Penghantar menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci dan berharap perkara itu tidak berulang.

“Kami mendesak polis ambil tindakan segera serta tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab ini dan didakwa di bawah Akta Hasutan.

“Ini kerana perbuatannya seolah-olah merendah-rendahkan dan menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara serta kedaulatan agama.” FMT

Penyedia perkhidmatan perlu peka nama pelanggan didaftar, kata persatuan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Polis tahan 6 rider Foodpanda kes pukul pelanggan hina Allah [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker