Siapa dapat minimum 7A SPM, Wawa Zainal hadiahkan RM200

Siapa dapat minimum 7A SPM, Wawa Zainal hadiahkan RM200
Pelakon dan usahawan Wawa Zainal tidak lokek berkongsi rezeki untuk meraikan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2020 (SPM 2020) yang diumumkan semalam.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa binti Zainal Abidin, 29, meminta pelajar yang memperoleh keputusan minimum 7A untuk menghubunginya menerusi Instagram bagi menuntut hadiah berupa wang tunai berjumlah RM200 setiap seorang.

“Tahniah kepada adik-adik yang dapat keputusan SPM tadi (semalam). Siapa yang dapat 7A? Mari DM (mesej peribadi) kak Wawa keputusan sebab nak bagi hadiah,” ujarnya.

Isteri kepada pelakon Aeril Zafril itu ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia cuma ingin berkongsi rezeki dan memberi penghargaan kepada pelajar SPM tahun lalu dalam mengharungi kepayahan belajar dalam suasana pandemik Covid-19.



“Saya kagum sebenarnya dengan mereka kerana ramai rupanya yang bijak pandai dan mendapat keputusan cemerlang dalam SPM walaupun terpaksa mengharungi kesukaran mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian.

“Saya sendiri mengakui sukar untuk fokus jika belajar secara maya, namun mereka membuktikan bahawa mereka boleh,” kata Wawa.

Siapa dapat minimum 7A SPM, Wawa Zainal hadiahkan RM200
PAPARAN transaksi yang telah dilakukan Wawa sebagai hadiah buat pelajar-pelajar cemerlang SPM 2020.

Ditanya tentang sambutan yang diterima, Wawa berkata dia mendapat terlalu banyak mesej daripada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang, namun tidak kisah untuk berbahagi rezeki kepada mereka.



“Kita tidak tahu mungkin ada dalam kalangan pelajar tersebut mungkin benar-benar hidup susah, tetapi cemerlang dalam SPM.

“Semoga rezeki yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membuatkan mereka gembira,” katanya.

Semalam, seramai 401,105 calon SPM 2020 memperoleh keputusan mereka yang diumumkan secara dalam talian.

Malah Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin maklum bahawa keputusan SPM 2020 yang diumumkan semalam adalah pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun. – K Online



Siapa dapat minimum 7A SPM, Wawa Zainal hadiahkan RM200


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


UPUOnline mulai 15 Jun, Lepasan SPM 2020 boleh kemas kini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker