Ustazah rugi RM78214 terpedaya hadiah barang kemas
Ustazah rugi RM78214 terpedaya hadiah barang kemas
MELAKA – Teruja untuk mendapatkan hadiah barang kemas daripada seorang lelaki di luar negara yang baru dikenali menerusi laman sosial, seorang ibu tunggal kerugian RM78,214.
Mangsa berusia 49 tahun merupakan seorang guru agama dikatakan berkenalan dengan lelaki terbabit menerusi laman sosial sebelum dijanjikan hadiah berupa barang kemas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E Sundra Rajan berkata, pada 28 Mei lalu, wanita berkenaan menerima panggilan telefon yang mendakwa daripada syarikat kurier, Elite Clear.
Beliau berkata, syarikat berkenaan memberitahu bungkusan tersebut telah sampai ke tanah air dan meminta wanita berkenaan membuat bayaran tuntutan.
Menurutnya, mangsa kemudian membuat bayaran secara berperingkat berjumlah keseluruhan sebanyak RM78,214 ke dalam tiga akaun berbeza.
“Modus operandi suspek ialah dengan memperdayakan mangsa dan memberitahu bayaran tersebut perlu dibuat atas pelbagai alasan termasuk cukai kastam.
“Walaupun selepas pembayaran dibuat, suspek masih meminta wang menyebabkan mangsa berasa ditipu, lalu membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Ustazah rugi RM78,214 terpedaya hadiah barang kemas
Baca Artikel Menarik :
- ‘Dihukum’ Penduduk Kampung, Bekas Pesakit Covid-19 Mohon Ampun
- Mona Allen terima mesej ‘gila’
- Resepi Pulut Durian Siam Santan Meleleh
- Resepi Siakap Goreng Sos Plum sedap sekali
- Sindir Pas, Parti Sains serah permohonan kepada ROS
- Zambry perlu wujudkan rasa muhibah parti dalam BN – Penganalisis
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Panas!!! Siapa Penyanyi Remaja Gemar Berbogel Secara Terbuka Yang Didedahkan Oleh Netizen??