Saya gembira Aurel berhijab – Krisdayanti



Sebaran :

Saya gembira Aurel berhijab – Krisdayanti

Saya gembira Aurel berhijab – Krisdayanti

Diva popular Indonesia Kridayanti ternyata gembira apabila puteri kesayangannya, Aurel Hermansyah memilih untuk kekal mengenakan hijab sejak Ramadan lalu.

Pelantun lagu Menghitung Hari itu bagaimanapun tidak tahu alasan sebenar penghijrahan anak untuk berhijab selepas mendirikan rumah tangga bersama YouTuber terkenal, Atta Halilintar.



“Tidak. Dia (Aurel) tidak memberitahu saya. Apa yang saya tahu arahnya (berhijab) adalah untuk kebaikan. Insya-Allah untuk kebaikan bersama.

“Mudah-mudahan hijrahnya (berhijab) akan menjadi satu tuntutan yang baik dibimbing oleh suaminya. Semoga yang terbaik untuk Aurel,” kata Krisdayanti.

Melihat penampilan baharu anaknya, Krisdayanti menyifat semua itu sebagai satu perubahan positif.



Penyanyi itu bahkan pernah berpesan kepada Aurel supaya mendengar kata dan tidak membantah perintah suami.

“Saya dan bekas suami, Anang pernah berkata kepada Aurel supaya mendengar kata suami. Dan yakin setiap perubahan selalu dibuat untuk ke arah yang lebih baik.

“Saya juga gembira kerana melihat Aurel kini lebih bahagia bersama suami,” katanya.



Terdahulu, Aurel yang juga merupakan seorang penyanyi mengambil keputusan untuk terus mengenakan hijab. Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh suaminya, Atta menerusi satu hantaran dalam Instagram pada Jumaat lalu. K Online

Saya gembira Aurel berhijab – Krisdayanti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Netizen gembira, Fazura dah bertudung


Sebaran :


Leave a Reply