Anwar tiba di Istana Negara menghadap Agong

Sebaran :

Gambar Hiasan – Arkib

 

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Kenderaan yang membawa beliau memasuki pintu 2 Istana Negara sekitar jam 10.37 pagi.

Terdahulu, media melaporkan tentang pertemuan melibatkan ketua pemimpin parti menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bermula 9 hingga 11 Jun.



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 8.56 pagi tadi.

Dua lagi pemimpin parti dari Parti Amanah Rakyat (Amanah) dan DAP dijangka turut akan menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini.

 

Muhyiddin tiba menghadap Agong sebelum Anwar

Anwar tiba di Istana Negara menghadap Agong


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pelakon Berbogel Tunjuk Tanda Protes Di Majlis ‘Oscar Perancis’

 


Sebaran :

Leave a Reply