Saman MUDA terhadap Menteri KDN didengar 12 Ogos
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 12 Ogos untuk mendengar saman difailkan MUDA, parti yang diketuai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bagi memaksa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat keputusan berhubung permohonan pendaftarannya sebagai parti politik.
Peguam MUDA Lim Wei Jiet berkata, tarikh itu ditetapkan selepas sebutan kes berkenaan di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi, Firdaus Sidqi Sharil Azli, hari ini.
Katanya, penghujahan bertulis perlu difailkan seminggu sebelum pendengaran yang dijadualkan.
MUDA dibenar meneruskan tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin yang belum membuat keputusan mengenai permohonannya untuk didaftarkan sebagai parti politik.
Selepas Ceroboh Ruang Udara China Ceroboh Pula Perairan Negara
Jabatan Peguam Negara yang mewakili KDN dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berkata, mereka tiada bantahan terhadap saman MUDA.
MUDA memohon perintah mahkamah untuk memaksa Hamzah membuat keputusan di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan.
Awal tahun ini, JPPM menolak permohonan MUDA untuk pendaftaran, tetapi tidak memberikan alasan khusus.
Parti itu kemudiannya memfailkan rayuan kepada menteri dalam negeri pada Februari, tetapi Hamzah belum memberikan respons.
JPPM turut menolak permohonan Pejuang, yang diketuai Dr Mahathir Mohamad, untuk didaftarkan.
Pejuang turut memfailkan semakan kehakiman bagi memaksa Hamzah membuat keputusan berhubung pendaftarannya dan mahkamah akan membuat keputusan pada 23 Jun ini.
Saman MUDA terhadap Menteri KDN didengar 12 Ogos
Baca Artikel Menarik
- Polis hanya terima surat dari kementerian dan agensi ini sahaja
- Had masa 2 jam di pusat beli-belah ditarik serta-merta, kata menteri
- Naik menyampah semua iklan muka Ayda Jebat?
- Resepi Ayam Masak Merah Tomato
- Resepi bingka labu berkeju sedap
- Proses vaksinasi lembab bukti ketidakmampuan pemerintahan – Anwar
Layari Laman Facebook MYKMU NET
COVID-19: Selamatkah Tempat Kerja Anda Daripada Jangkitan Bawaan Udara?
You must be logged in to post a comment.