Resepi Kuah Oden Viral Paling Sedap
Resepi Kuah Oden Viral Paling Sedap
Oden (おでん) merupakan sejenis makanan musim sejuk masyarakat Jepun yang terdiri daripada bahan-bahan seperti telur rebus, lobak daikon, konnyaku dan kek ikan yang diproses dan distew dalam sup soya dashi yang ringan. Bahan-bahan adalah berbeza mengikut kawasan dan kediaman. Karashi (Mustard Jeoun) seringkali digunakan sebagai bahan perasa.
Oden sebenarnya berasal daripada misodengaku atau hanya digelar dengaku; konnyaku atau tauhu direbus dan dimakan bersama miso. Kemudiannya, dengan menggantikan miso, bahan-bahan tersebut dimasak di dalam dashi dan oden menjadi terkenal.
Tidak seperti kebanyakan makanan semangkuk yang lain, bahan-bahan oden boleh ditambah pada bila-bila masa. Oden selalunya dijual di gerai-gerai mobil di Jepun, dan boleh juga didapati di kedai runcit yang diletakkan di dalam bekas-bekas mereneh pada musim sejuk. Terdapat banyak jenis oden yang dijual, di mana pilihan oden yang terdiri daripada satu jenis bahan dijual pada harga serendah 50 yen.
Jom cuba resepi kuah oden viral ni, memang sedap sampai kalah FamilyMart. Sekali seumur hidup wajib cuba ni, tapi kalau dah sekali cuba pasti nak lagi!
Bahan-bahan:
- 2 paket perencah tomyam adabi
- 2 paket perencah sup siam adabi
- 1 paket perencah asam pedas adabi
- 2 pcs kiub pati ayam
- Air 1.5 liter
- Gula 1 sudu
Cara-cara:
- Masukkan semua perencah ke dalam air dan biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan semua bahan steamboat.
- Siap! Makan panas-panas memang sedap.
- Kalau ada sayur boleh letak sayur contohnya sawi cina, cendawan enoki, cendawan tiram dan sebagainya.
Kredit: Cik Puan Akma
Resepi Kuah Oden Viral Paling Sedap
Baca Artikel Menarik
- Syed potong rambut pun, netizen teruja
- Private party’ di bilik hotel, 4 penjawat awam antara 32 ditahan
- Saya nak hadiah gajet untuk perakam test drive – Sanusi
- Pertemuan Agong, pemimpin utama parti politik mungkin sekadar khabar angin
- Floyd Mayweather vs Logan Paul: Tiada pemenang, tetapi bawa pulang RM200 juta
- Resepi Kerabu Maggi Siam Sedap!
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.