Selepas dinasihat TMJ, venue perlawanan akhir masih mahu buat di Bukit Jalil?

Biarpun padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) mengalami kerosakan ketika Malaysia menentang India dalam Pestabola Merdeka kelmarin, namun venue tersebut mendapat ‘lampu hijau’ untuk digunakan pada perlawanan akhir, Selasa ini.

Walaupun sebelum ini Tengku Mahkota Johor )TMJ)  telah menasihati pihak yang berkenaan bahawa rumput di SNBJ masih belum bersedia dan matang malah baginda juga telah menawarkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai venue bagi perlawanan tersebut namun ianya tidak diambil perhatian sewajarnya.

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagaimanapun menyarankan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar tidak berlatih di SNBJ sehari sebelum sepak mula menentang Tajikistan.



Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd. Faidz Sanusi berkata, mereka memerlukan masa untuk membetulkan kembali kawasan padang yang rosak selepas perlawanan kelmarin, yang menyaksikan Harimau Malaya menundukkan India 4-2.

“PSM ambil maklum insiden semalam (kelmarin), dan ketika ini kerja-kerja penambahbaikan sedang giat dilakukan.

“Sejurus selepas tamat perlawanan malam semalam, pasukan saya dan JDT (Johor Darul Ta’zim) masuk ke dalam stadium untuk membetulkan tempat yang perlu dibetulkan.

“Kami mempunyai tempoh sehingga Selasa untuk memastikan padang tersebut sesuai dimainkan dalam keadaan terbaik.



“Untuk perkara itu (latihan di SNBJ), saya perlu berbincang dengan FAM terlebih dahulu.

“Berdasarkan nasihat daripada kontraktor, sebaik-baiknya jangan (berlatih), bagi membolehkan padang dalam kualiti yang terbaik untuk hari perlawanan,” katanya yang ditemui pada perasmian Hari Sukan Negara di Putrajaya semalam.

Tambah Faiz, proses pemulihan tidak akan melibatkan kos tambahan, dan mereka juga sudah mempunyai tapak semaian sendiri bagi memudahkan ­proses penukaran rumput dengan lebih cekap.

“Kita ada 9,000 meter persegi tapak semaian, padang stadium kita pula berkeluasan 8,000 meter persegi jadi memang mencukupi,” katanya.



Padang SNBJ sebelum ini dinaiktaraf menggunakan rumput Zeon Zoysia yang menelan belanja RM1.4 juta, tidak termasuk kos penyelenggaran RM4.7 juta.

Begitupun ketika perlawanan menentang India kelmarin, rumput dilihat tercabut di beberapa bahagian, dan PSM dalam satu kenyataan awal mengakui, padang itu digunakan lebih awal daripada sepatutnya.

“Tempoh penyediaan rumput seharusnya mengambil masa 12 bulan untuk matang, namun PSM hanya mempunyai lapan bulan bagi menyediakan venue untuk saingan Pestabola Merdeka,” kata PSM dalam ­kenyataan tersebut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker