Saya nak hadiah gajet untuk perakam test drive – Sanusi

Saya nak hadiah gajet untuk perakam test drive - Sanusi

Saya nak hadiah gajet untuk perakam test drive – Sanusi

Kalau kena kompaun, saya bayar – MB Kedah

“KALAU saya kena kompaun maka saya akan bayar dan untuk orang yang merakam pula, selepas ini saya akan hadiahkan gajet baharu untuk mudahkan dia rakam benda baik-baik.”

Demikian kata Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor yang turut memaklumkan beliau sedia disiasat dan berhadapan proses undang-undang sekiranya tindakannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan penuh.

Muhammad Sanusi turut mengesahkan akan memberi keterangan kepada polis Pulau Pinang hari ini.

Kata Muhammad Sanusi, beliau menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan dengan keterangan akan diambil petang ini sama ada di balai atau pejabatnya.

“Saya serah proses menentukan saya bersalah atau tidak bukan kepada netizen, bukan penyokong dan bukan pembenci kerana yang akan menentukannya adalah penguat kuasa undang-undang iaitu polis.

“Dan Saya tidak kata saya tidak salah atau bersalah, jika berlaku pelanggaran SOP maka saya minta maaf kerana ia secara kebetulan. Saya memang suka menyapa orang dan bercakap.

“Kalau polis kata ada kesalahan dan didakwa, saya yakin tidak dikenakan hukuman gantung. Kalau kena kompaun saya akan bayar dan jika pekerja pusat pameran dikompaun, saya akan bayar juga,” katanya seperti laporan BH Online hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Dewan Al-Farabi, Alor Setar, hari ini.

Polis siasat dakwaan libat MB Kedah, pegawai nafi ada pandu uji

Sejak kelmarin riuh di media sosial apabila seorang pengguna Facebook mendakwa Muhammad Sanusi dipercayai berada di pusat pameran dan jualan di Autocity, Juru untuk memandu uji kenderaan pacuan empat roda.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan berhubung beberapa gambar dan video tular yang didakwa Muhammad Sanusi itu.

Setiausaha Politik kepada Muhammad Sanusi, Afnan Hamimi Taib pula berkata, tiada sesi pandu uji seperti didakwa pengguna media sosial itu.

Naib Ketua Pemuda Pas itu berkata, dalam kejadian tersebut, Muhammad Sanusi dalam perjalanan ke ibu negara dan singgah di Juru untuk membeli makanan sebelum meneruskan perjalanan.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Muhammad Sanusi turut menegaskan tiada sebarang pandu uji kenderaan berlaku kerana tujuannya ke Autocity, Juru adalah bagi membeli makanan di kedai serbaneka berdekatan kawasan berkenaan.

Kata beliau, secara kebetulan beliau melihat kenderaan di kedai bersebelahan sebelum menyapa dan bersembang sebentar.

“Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai ‘Mr. Ong’ dan menerangkan jenis serta spesifikasi kenderaan dengan saya hanya duduk di kerusi penumpang hadapan manakala pengiring duduk di belakang.

“Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), maksud pandu uji adalah ujian prestasi kenderaan tetapi saya tidak melakukannya dan ketika cuba melihat kenderaan lain, tersedar ada individu sedang merakam kami,” jelas beliau.

Pada masa sama, Muhammad Sanusi turut meluahkan kekesalan terhadap perakam yang tidak bertanya mengenai kejadian sebenar untuk mengelakkan salah faham.

“Saya tidak tahu ada orang rakam, ketika lihat kenderaan tiba-tiba ada orang jerit sedangkan tiada proses transaksi atau jual beli dilakukan, malah nombor ‘Mr Ong’ pun tak sempat diambil.

“Mungkin kerana saya Menteri Besar yang kontroversi, maka ada orang anggap apabila dapat rakam pemimpin kononnya langgar SOP, dia akan jadi hero di negara ini,” jelas beliau. Utv

Saya nak hadiah gajet untuk perakam test drive – Sanusi


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


MB Kedah Didakwa Langgar SOP, ‘Test Drive’ Ford Ranger Raptor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker