Strategi tepat perlu ada sebelum laksana ‘total lockdown’: Johari

Strategi tepat perlu ada sebelum laksana ‘total lockdown’: Johari

Strategi tepat perlu ada sebelum laksana ‘total lockdown’: Johari

SHAH ALAM – Kerajaan sepatutnya mempunyai strategi tepat sebelum memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh atau ‘total lockdown’, kata bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, pelaksanaan ‘lockdown’ berulang kali membawa kesan buruk kepada ekonom, bukan hanya kerana ia menjejaskan permintaan tetapi turut mencetuskan ketidakpastian.

“Selain itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga tidak membantu dengan mengeluarkan arahan tidak jelas dan komunikasi kerajaan yang lemah serta menimbulkan kekeliruan sekali gus mengurangkan keyakinan pelabur.

“Kesannya, kita melihat perniagaan terpaksa dikecilkan dan tidak lagi mengambil kakitangan kerana ketidakpastian mengenai dasar kerajaan menghalang mereka melabur untuk beroperasi atau memperluaskan operasi.

“Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila mereka terpaksa menutup terus operasi perniagaan mereka,” ciapnya di Twitter pada Jumaat.

Perlu lebih jelas

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, kerajaan juga perlu lebih jelas dalam memaklumkan beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi ketika ‘total lockdown’.

“Sebagai contoh, sektor keperluan yang melibatkan industri makanan dan minuman termasuk yang terlibat dalam rangkaian bekalan serta pengagihan produk.

“Memandangkan banyak kluster berpunca dari tempat kerja terutama kilang, kerajaan hendaklah mengarahkan ia ditutup dan menjalankan saringan besar-besaran bagi semua pekerja tempatan dan asing, biarpun kilang berkenaan menghasilkan produk eksport penting seperti barangan elektrik dan elektronik atau sarung tangan perubatan.

“Justeru, dasar-dasar kerajaan yang tidak menentu inilah yang menyebabkan beberapa masalah timbul,” katanya.

Putrajaya bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri

Sehubungan itu, Johari mencadangkan Putrajaya bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi mengendalikan saringan besar-besaran, kuarantin, pendidikan kesihatan dan tindakan penguatkuasaan.

Sebelum ini, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun bagi membendung penularan Covid-19.

Sidang khas yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut memutuskan semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN. Sinar

Strategi tepat perlu ada sebelum laksana ‘total lockdown’: Johari


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Lockdown: Ada syarikat perkhidmatan tak penting dapat lampu hijau Miti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker