Salah azam balas dendam ke atas Mane

Salah azam balas dendam ke atas Mane

Kapten pasukan Mesir, Mohamed Salah berazam untuk membalas dendam atas kekalahan negaranya ketika aksi final Piala Negara-Negara Afrika di tangan rakan sepasukannya, Sadio Mane.

Mane yang mewakili Senegal akan berentap menentang Mesir bagi aksi playoff Piala Dunia 2022.



Kegagalan di pentas pertandingan benua itu nyata memeritkan buat Salah, apatah lagi dia turut berada dalam skuad yang tewas di tangan Cameroon pada pentas akhir edisi 2017.

Mane menjadi tonggak buat Senegal yang menjulang gelaran raja Afrika buat julung kalinya – menebus kegagalan menyempurnakan penalti dalam masa sebenar apabila menyudahkan sepakan itu untuk memenangi sepakan penalti penentuan.

Mesir akan menjadi tuan rumah bagi aksi play-off pertama, Jumaat ini dan Senegal akan memiliki kelebihan tuan rumah pada Selasa.

Pemenang akan mengisi satu daripada lima slot yang diperuntukkan untuk Zon Afrika pada pusingan akhir di Qatar.



Jurulatih Senegal, Aliou Cisse menegaskan kejayaan di Piala Negara-Negara Afrika sudah menjadi sejarah, justeru fokus perlu diletakkan untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali kedua berturut- turut.

“Kemenangan di Piala Negara-Negara Afrika itu belum berakhir kerana misi kami adalah untuk beraksi di Piala Dunia pula,” kata Cisse.

Senegal memiliki kekuatan untuk meraih kejayaan dengan kehadiran penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy ; pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly; pemain tengah Paris Saint Germain (PSG), Idrissa Gueye dan Mane sendiri.

Mesir pula kembali mendapatkan khidmat penjaga gol, Mohamed el Shenawy yang terlepas aksi final susulan kecederaan namun mereka tampil sebagai pasukan bukan pilihan.



Media Mesir melaporkan Salah memaklumkan kepada rakan sepasukannya selepas tewas di final Piala Negara-Negara Afrika ‘kita akan bertemu mereka (Senegal) bulan depan dan Insya Allah kita akan membalas dendam.” BH

Salah azam balas dendam ke atas Mane


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini



Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker