[VIDEO] Kapal Berlanggar: Detik Cemas Pekerja Pelabuhan Kaohsiung Selamatkan Diri Daripada Runtuhan Kren
Kapal berlanggar di pelabuhan akibatkan kren kontena runtuh
Seorang cedera dan dua lagi terperangkap setelah sebuah kapal kontena telah bertembung dengan kapal lain semasa cuba berlabuh lalu menyebabkan dua buah kren kontena runtuh di Pelabuhan Kaohsiung semalam.
Memetik laporan Taiwan English News, sebuah kapal kontena sepanjang 316 meter yang dimiliki oleh OOCL Shipping Company telah melanggar sebuah kapal YONGYANG milik Yangming Shipping ketika cuba berlabuh di Pelabuhan Kaohsiung.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) itu, kapal kontena Durban seberat 86,679 tan milik Syarikat Perkapalan OOCL sedang dalam proses berlabuh di dermaga 66, Pelabuhan Kaohsiung sebelum ia melanggar kapal kontena Constancy kepunyaan Yangming Shipping yang berlabuh di dermaga 70.
Perlanggaran itu menyebabkan salah satu daripada empat kren kontena runtuh. Kemudian, ia telah melanggar beberapa buah kontena yang tersusun di atas pelabuhan tersebut lalu menyebabkannya juga runtuh.
LIHAT VIDEO DIBAWAH:-
Situasi panik tersebut menyebabkan ramai pekerja yang berada di kawasan tersebut bertempiaran melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa masing-masing.
Menurut Taiwan English News lagi, seorang lelaki berusia 58 tahun telah dirawat di Hospital Besar Yuan setelah mengalami luka di bawah lengan serta melecet pada salah satu kakinya. Mangsa juga menjalani pemeriksaan sinar-x untuk memeriksa kecederaan dalaman kerana dia mengalami ketidakselesaan dada.
Manakala dua lagi mangsa yang terperangkap telah berjaya diselamatkan kira-kira pukul 12.44 petang tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Pelabuhan Kaohsiung adalah pelabuhan terbesar di Taiwan dan pelabuhan ke-15 terbesar di dunia. Kira-kira tiga perempat kontena Taiwan memasuki dan keluar melalui pelabuhan ini.-Taiwan English News
You must be logged in to post a comment.