Gesaan Nur Jazlan ‘tamat kerjasama’ tidak wakili kepimpinan tertinggi Umno, kata Timbalan Presiden PAS

Sebaran :


PAS menganggap kenyataan Nur Jazlan Mohamed yang menggesa Umno menamatkan kerjasama dengan parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) berada “di luar kerangka Umno”.

Malah Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menolak kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Johor itu sebagai “bukan mewakili kepimpinan tertinggi Umno”.

“Dalam Perhimpunan Agung Umno hampir semua bahagian telah membuat pendirian mengekalkan hubungan dengan PAS,” katanya kepada FMT.



Jazlan pagi tadi menggesa partinya menamatkan kerjasama dengan PAS, dengan berkata, Umno tidak lagi boleh mengharapkan parti Islam itu bersikap ikhlas dalam mendukung tanggungjawab sebagai sekutu dalam MN.

Menurutnya, Umno telah lama menyimpan syak terhadap pemimpin PAS yang akhir-akhir ini “kelihatan lebih berminat untuk memperoleh kuasa dan kedudukan, malah dalam keadaan tertentu, wang”.

Selain menuduh PAS “dari dahulu hingga sekarang” gagal mempamerkan tadbir urus baik di beberapa negeri pimpinannya, Jazlan berkata “ada beberapa dakwaan yang cukup serius” dalam kontroversi rancangan pajakan dan jualan tanah milik Lembaga Getah Malaysia yang berada bawah bidang kuasa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali, yang juga merupakan pengarah strategi PAS.


Berhubung kontroversi sekitar tanah milik LGM, Tuan Ibrahim berkata, “prinsip PAS jelas, iaitu seseorang tidak dianggap bersalah selagi ia tidak dibuktikan bersalah.”

Mengenai kerjasama dengan Umno pula, Tuan Ibrahim berkata, partinya melihatnya dalam kerangka penyatuan ummah, bukan hanya soal pertandingan kerusi pilihan raya.

“Apa maknanya kalau ummah ini berpecah? Semua akan berhadapan dengan kerugian, menang sorak kampung tergadai,” katanya.
FMT

Lupakan MN, PAS pentingkan kuasa, kedudukan, Nur Jazlan beritahu Umno


Sebaran :

Leave a Reply