7,748 kes baharu Covid-19, Selangor tertinggi


PETALING JAYA: Sebanyak 7,748 kes harian baharu Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 603,122 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jangkitan tertinggi, iaitu sebanyak 2,612 kes.

Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 851 kes, Negeri Sembilan (709), Sarawak (706) dan Johor (446).

Berikut adalah maklumat terkini mengenai Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia pada 12 tengah hari, 4 Jun.

Di seluruh dunia, terdapat 171,292,827 kes Covid-19 termasuk 3,687,589 kematian seperti yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 31 Mei.

Sebanyak 1,581,509,628 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia sehingga 1 Jun.

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi. Namun, di negara yang mempunyai kadar vaksinasi lebih tinggi termasuk AS dan United Kingdom (UK) telah menunjukkan penurunan dalam kes baharu. India turut menyaksikan penurunan jumlah kes baharu harian.

Jadual di bawah menunjukkan status beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi sedang rancak dilaksanakan.

Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center.

Setakat 2.30 petang hari ini, Malaysia merekodkan 7,748 kes harian baharu, menjadikan jumlah jangkitan melepasi 600,000 iaitu sebanyak 603,122 kes.

BERITA lanjut menyusul

Pakistan hasilkan PakVac, vaksin Covid-19 buatan sendiri, Malaysia bila lagi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker