Bapa hadapi 13 pertuduhan rogol, amang seksual anak sejak usia 6 tahun


Tertuduh didakwa atas 12 pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak sulung daripada dua beradik yang kini berusia 18 tahun, di sebuah rumah di Bukit Mertajam, antara 2009 dan 2020.

BUTTERWORTH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 13 pertuduhan rogol dan amang seksual terhadap anak perempuannya sejak 2009 hingga tahun lepas.

Lelaki berusia 45 tahun yang bekerja sebagai juruteknik kilang itu mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Noorhayati Mohamad Yunus.

Tertuduh didakwa atas 12 pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak sulung daripada dua beradik yang kini berusia 18 tahun, di sebuah rumah di Bukit Mertajam, antara 2009 dan 2020.

Pertuduhan merogol dikemukakan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, manakala pertuduhan amang seksual dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara hingga 25 tahun dan sebatan.

Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan mahkamah menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Syeqal Che Murad, sementara tertuduh tidak diwakili peguam. Bernama

Penjaga pusat jagaan berdepan 100 pertuduhan lakukan amang seksual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker