Pembukaan Parlimen lambatkan imuniti kelompok dicapai – Hamzah

Desakan pembukaan Parlimen oleh sesetengah ahli politik atau pihak tertentu akan menyebabkan kelewatan proses imuniti kelompok yang disasarkan kerajaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajan turut menghadapi masalah dengan sesetengah pihak yang melakukan kempen anti vaksin.

“Ada setengah kumpulan, ahli politik kata Parlimen mesti dibuka, saya hendak bagi contoh, kalau Parlimen dibuka, katalah sebulan, selalunya hari Isnin sampai Khamis berturut-turut berapa orang ada, ada Ahli Parlimen, pegawai, pegawai kerajaan, pegawai dan kakitangan Parlimen, kafeteria, pemandu dan lain-lain.

“Melebihi 1,000, saya hendak tunjukkan, kebanyakan ini menjadi hotspot, kalau ini kita kawal, tidak adalah kluster (Parlimen) itu,” katanya semasa sidang media selepas lawatan pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di salah sebuah kompleks beli-belah pada Jumaat.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, penutupan Parlimen sejak sesi berakhir 15 Disember tahun lepas mengakibatkan isu rakyat tidak dapat dibahaskan dengan tuntas.

Jelasnya, ia termasuk isu kesenjangan ekonomi, kesihatan mental rakyat, keganasan rumahtangga dan pendidikan.

Sementara itu, kata Hamzah, jumlah sekatan jalan raya (SJR) di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditambah kepada 1,000 hari ini.

Ia usaha memastikan kedudukan negara terutama penurunan keluk kes jangkitan dapat dilandaikan segera.

Dalam pada itu kata Hamzah, penganjuran Kongres PKR secara maya membuktikan parti itu sendiri tidak mempunyai keberanian untuk membuat sebarang perjumpaan bersemuka seperti di Parlimen.

Bagaimanapun, jelas beliau, pembukaan Parlimen secara secara maya tidak dinafikan dapat diadakan namun perlu dilakukan kajian selanjutnya.

“Saya tengok dalam surat khabar, PKR dengan bangga hendak buat kongres secara maya, jadi maknanya apa?

“Dia (PKR) pun tidak berani buat perjumpaan seperti gesaan buka Parlimen, jadi kalau tidak berani hendak buka, dia buat secara maya, jadi kalau kita hendak buka Parlimen secara maya, banyak pula masalah lain.

“Bagaimana hendak buat secara maya? Ramai, pegawai kerajaan, beribu lagi, ini yang akan kita fikirkan, kalau boleh apa salahnya tetapi ia mengambil satu perkiraan untuk apa yang dibuat mesti ada kajian yang betul. Jangan ikut perasaan,” tegas Hamzah lagi.-Awani

Azalina: Buka parlimen dapat tingkatkan keyakinan rakyat tangani wabak

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker