[VIDEO] Frontliner Ini Menari TikTok, Tapi Mak Cik Di Belakang Tu Lagi Dahsyat..

[VIDEO] Frontliner Ini Menari TikTok, Tapi Mak Cik Di Belakang Tu Lagi Dahsyat..

[VIDEO] Frontliner Ini Menari TikTok, Tapi Mak Cik Di Belakang Tu Lagi Dahsyat..

Kita sedia maklum, para frontliner merupakan orang yang paling banyak berkorban masa dan tenaga di waktu pandemik ini

Sebagai manusia biasa, sudah tentu mereka juga memerlukan masa untuk menghilangkan stres bekerja dan menghiburkan diri sendiri.



Hal ini kerana hanya mereka saja yang tahu betapa penatnya badan selepas setiap hari menguruskan pesakit Covid-19. Jadi, tidak salah jika mereka ingin release tension dengan cara yang tersendiri bukan?

Baru-baru ini, viral satu video memaparkan seorang frontliner menari TikTok untuk menghiburkan dirinya sendiri di hospital. Namun, lain pula yang diperhatikan netizen.

LIHAT VIDEO DIBAWAH:-

Tengah menari TikTok tiba-tiba mak cik dekat belakang join sekali

Menerusi video yang dikongsi oleh frontliner bernama @ijajeh, kelihatan dia sedang membuat tarian TikTok sambil dirakam oleh kawannya di sebuah hospital.



Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila seorang mak cik yang merupakan pesakit di hospital itu dilihat turut menari bersama di belakang frontliner berkenaan.

Ternyata, mak cik itu berjaya mencuri tumpuan para netizen kerana tariannya yang sangat ceria walaupun berada di hospital.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mencecah sehingga 852.8K views, 53.2K likes dan 3.6K shares di TikTok



Sementara itu, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi mak cik dan frontliner itu yang comel.

Malah, ramai yang tidak kisah jika frontliner menari atau membuat apa-apa saja untuk menggembirakan hati mereka kerana faham akan tekanan kerja dan keletihan yang dihadapi.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @ijajeh (TikTok)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker