Tak tahan dengan gangguan bekalan air, penduduk bina paip graviti sendiri

Tak tahan dengan gangguan bekalan air, penduduk bina paip graviti sendiri

Tak tahan dengan gangguan bekalan air, penduduk bina paip graviti sendiri

Tidak mahu berdepan masalah air yang tiada berkesudahan, sekumpulan penduduk di taman Bandar Sierra, di Telipok, tampil dengan inisiatif membina sendiri paip graviti bagi mendapatkan bekalan sumber penting itu.

Difahamkan, inisiatif yang dicetuskan sendiri oleh komuniti di kawasan berkenaan dibuat berikutan masalah bekalan air yang telah berlarutan sejak sekian lama.



Malah, baru-baru ini, beberapa kawasan langsung tidak menerima bekalan air selama lebih dua minggu dan ada yang terpaksa keluar menginap di hotel selain pulang ke kampung kerana sudah tidak tahan dengan masalah air terbabit.

Pengerusi Kejiranan Rukun Tetangga Komuniti Bandar Sierra, Asfar Abd Hamid berkata, usaha bagi membina paip graviti bagi mendapatkan sumber air di kawasan bukit berhampiran berlaku secara spontan tanpa ada perbincangan yang panjang.

Katanya, ini kerana penduduk di kawasan berkenaan sangat terdesak untuk mendapatkan bekalan air dan apabila mengetahui ada cara untuk mengatasinya, mereka tidak teragak-agak menyertai usaha berkenaan.

“Tanpa banyak cakap, mereka sanggup mengeluarkan duit untuk mengumpul dana dan bukan setakat itu saja, ada yang turut memberi sumbangan peralatan dan yang lebih menyentuh perasaan saya, mereka yang sanggup bersama-sama untuk ‘bertukang’ bagi membina paip itu,” katanya kepada FMT.



Beliau berkata, kerjasama diberikan sangat baik dengan beberapa kumpulan melakukan kerja pembinaan di atas bukit dan ada yang bekerja di kawasan bawah bukit sehinggalah paip itu sampai ke kawasan pagar penduduk yang terlibat.

Usaha untuk mendapatkan sumber air di kawasan bukit berhampiran itu berlaku secara spontan tanpa ada perbincangan yang panjang dalam kalangan penduduk.
Asfar berkata, idea untuk membina paip air graviti itu tercetus apabila salah seorang penduduk di situ yang dikenali sebagai Cikgu Redzuan Sabirin menjadi orang pertama yang mahu membinanya.

“Ketika itu, Cikgu Redzuan telah mengangkat segala paip dan peralatan lain untuk membuat paip air graviti tetapi saya melihat peralatannya tidak mencukupi dan perlu kumpul lebih banyak dana.

Membekalkan air kepada lima lorong

Beliau berkata, setakat ini, paip graviti berkenaan telah membekalkan air kepada lima lorong membabitkan kira-kira 120 buah rumah di kawasan perumahan itu.



Katanya, mereka juga merancang untuk membina lebih banyak lagi paip termasuk membina tangki utama bagi mengumpul air sebelum disalurkan kepada penduduk yang terjejas dengan masalah bekalan air sebelum ini.

“Selain itu, kami juga berterima kasih kepada Adun dilantik, Aliakbar Gulasan yang turun padang melihat keadaan kami serta memberikan sumbangan tangki,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Tony Paridi Bagang berkata, walaupun penduduk di Bandar Sierra telah melakukan inisiatif sendiri untuk membina paip graviti, namun ia bukanlah alasan untuk Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tidak menyelesaikan masalah air di kawasan itu.

“Ini bukan masalah baru, malahan ia semakin lama semakin teruk sehingga ada penduduk terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapatkan bekalan air.



“Kami terpaksa beli air walaupun mahal, kos sara hidup juga meningkat akibat masalah ini, makanan dan minuman beli di luar, terpaksa mengharapkan hujan untuk kumpul air… betapa seksanya hidup kami di Bandar Sierra ini,” katanya.

Terdahulu, FMT melaporkan penduduk di Taman Bandar Sierra dan Taman Rimba di Telipok mengalami gangguan bekalan air sejak 23 April lalu. Mereka membidas pelan mitigasi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) ibarat melepaskan batuk di tangga.

Tony berkata penduduk kecewa dan mula hilang sabar apabila aduan kepada JANS tidak dihiraukan serta tiada tindakan lebih proaktif. FMT

Tak tahan dengan gangguan bekalan air, penduduk bina paip graviti sendiri


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Menggantikan istilah negeri Sabah dengan Wilayah Sabah dan Sarawak sekadar kosmetik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker