‘Proton S50’ Yang Akan Dilancarkan Sekitar Tahun Ini? Betul ke?

‘Proton S50’ Yang Akan Dilancarkan Sekitar Tahun Ini? Betul ke?

Semasa pelancaran model Proton Saga facelift pada tahun 2019 lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Li Chunrong telah berkongsi gambar grafik menunjukkan perancangan Proton untuk mengeluarkan sebuah model baru setiap tahun sehingga 2023 nanti.

Setelah pelancaran Proton X70 pada tahun 2019 dan Proton X50 pada tahun 2020, dijangkakan pada tahun ini Proton akan melancarkan model sedan baru yang dikenali sebagai Proton S50 bagi menggantikan Proton Waja atau Proton Preve.

Terbaharu, seorang pakar manipulasi grafik, Theophilus Chin telah berkongsi gambar dan video di mana beliau telah memanipulasi rekaan model Proton S50 yang akan dilancarkan sekitar tahun ini.

‘Proton S50’ Yang Akan Dilancarkan Sekitar Tahun Ini? Betul ke?

SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM THEOTTLE

‘Proton S50’ Yang Akan Dilancarkan Sekitar Tahun Ini? Betul ke?

SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM THEOTTLE

‘Proton S50’ Yang Akan Dilancarkan Sekitar Tahun Ini? Betul ke?

SUMBER GAMBAR: PAULTAN.ORG

Menurut beliau, rekaan asal kereta ini menggunakan model kereta Geely Emgrand dan telah direka semula dengan memasukkan DNA Proton ke dalam kereta sedan ini yang berada di antara segmen B dan C.

Pada bahagian gril hadapan beliau telah menggantikan vertical slats dengan rekaan Infinite Weave yang telah menjadi ‘trademark’ sejak model Proton X70 lagi. Manakala pada bahagian bumper hadapan pula, Theo masih mengekal rekaan yang sama pada Geely Emgrand.

‘Proton S50’ Yang Akan Dilancarkan Sekitar Tahun Ini? Betul ke?

SUMBER GAMBAR: PAULTAN.ORG

‘Proton S50’ Yang Akan Dilancarkan Sekitar Tahun Ini? Betul ke?

SUMBER GAMBAR: PAULTAN.ORG

Theo turut berkongsi rekaan dalaman Proton S50 yang lengkap dengan paparan skrin infotainmen, digital instrumen kluster pada dashboard dan stereng lengkap dengan butang pelbagai fungsi.

Ruangan dalam kabin nampak lebih premium dan eksklusif dengan pengunaan tekstur kulit pada beberapa bahagian dalam kereta. Memang cantik dan kemas susunan ruang kabin yang dihasilkan oleh Theo.

Anda boleh tonton video penuh bagaimana proses rendering Proton S50 dibuat melalui pautan di bawah. Tidak mustahil kereta sedan ini akan menjadi ‘rebutan hangat’ kerana ianya memang cantik dan menarik jika Proton menggunakan rekaan model seperti ini. Sama-sama kita nantikan berita baik daripada Proton tidak lama lagi.-TVC

Pada akhir bulan April lalu, Proton telah melabur kira-kira RM200 juta untuk menambah fasiliti baru di Tanjung Malim bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran.

‘Proton S50’ Yang Akan Dilancarkan Sekitar Tahun Ini? Betul ke?


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Gambar Proton Persona MC2, Ruang Kabin Lebih Mewah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker