Kantoi berjudi, 3 lelaki patah tulang terjun rumah kedai

Kantoi berjudi, 3 lelaki patah tulang terjun rumah kedai

Kantoi berjudi, 3 lelaki patah tulang terjun rumah kedai

Meja yang digunakan untuk berjudi, 114 batu judi, dua dadu, 119 token, lima kerusi sandar dan dua kerusi plastik dirampas dalam serbuan itu.

PETALING JAYA: Terkejut dengan kehadiran polis ketika leka berjudi, tiga daripada 11 lelaki nekad terjun dari tingkat tiga sebuah rumah kedai dekat Kampung Simee di Ipoh, Perak, sekali gus mengalami kecederaan teruk.

Ketua Polis Daerah Ipoh, A Asmadi Abdul Aziz berkata, ketika serbuan dibuat pada pukul 4.15 petang semalam, semua individu berkenaan ditahan kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan berkumpul di dalam premis untuk bermain judi.

“Oleh kerana terkejut dengan kehadiran polis, tiga daripada mereka terjun dari tingkap sehingga mengakibatkan seorang patah pergelangan tangan, bahu dan pinggang, seorang patah kedua-dua kaki dan seorang lagi patah tulang rusuk dan tangan kiri,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, semua yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Asmadi berkata, polis turut merampas meja yang digunakan untuk berjudi, 114 batu judi, dua dadu, 119 token, lima kerusi sandar dan dua kerusi plastik.

Tambah beliau, semua yang ditahan berusia 41 sehingga 66 tahun dengan dua daripadanya mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

“Kesemua mereka ini menetap di Ipoh dan dibebaskan dengan jaminan polis sehingga laporan pakar judi diperolehi, selain dikenakan kompaun RM10,000 bagi setiap individu dan seorang daripada tangkapan, iaitu pemilik premis dikompaun RM25,000 kerana tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia,” katanya.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) ARJT 1953, iaitu berjudi dalam premis dan boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua, jika sabit kesalahan. FMT

Kantoi berjudi, 3 lelaki patah tulang terjun rumah kedai


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pusat judi, arak dan hiburan masih beroperasi, kerajaan buat apa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker