Kisah ‘lockdown’ Awie, Hazama, Elly Mazlein



Sebaran :

Kisah ‘lockdown’ Awie, Hazama, Elly Mazlein

Kisah ‘lockdown’ Awie, Hazama, Elly Mazlein

PELAKSANAAN lockdown penuh oleh kerajaan melibatkan penutupan sektor sosial dan ekonomi di seluruh negara yang dilaksanakan bermula 1 hingga 14 Jun ini tidak mematahkan usaha segelintir artis tempatan mencari alternatif lain bagi menjana pendapatan yang terjejas.

Bagi penyanyi dan juga pelakon, Datuk Awie, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang kini menyebabkan perancangan pembikinan album terbaharunya bersama kumpulan Wings terpaksa ditangguhkan.



“Sepanjang lockdown, saya makan tidur sahajalah di rumah. Sepatutnya saya kena siapkan album bersama Wings. Tetapi nampak gayanya terpaksa ditunda sementara.

“Tetapi alhamdulillah, saya sempat menyiapkan sebuah single baharu yang ditujukan khas Palestin berjudul Palestina,” ujarnya.

Bercerita lebih lanjut, Awie menjelaskan bahawa dia sedang menggerakkan misi kemanusiaan untuk penduduk Palestin bersama sebuah badan bukan kerajaan baharu, MyPalestin.



“Kami akan mengumpul dana yang diperoleh daripada sumbangan kerajaan dan badan korporat, seterusnya akan membuat penghantaran sendiri ke sana (Palestin).

Kisah ‘lockdown’ Awie, Hazama, Elly Mazlein
AWIE sempat menyiapkan sebuah single berjudul Palestina.

“Fokus kami ialah membekalkan ubat-ubatan dan pakaian kepada penduduk di Palestin yang terjejas akibat kekejaman tentera Israel.

Sedar tentang pendapatan segelintir selebriti yang terjejas teruk ekoran PKP, Awie berkata seseorang selebriti perlu kreatif untuk menggunakan media sosial dan pengaruh bagi menjana pendapatan sampingan.



“Bagi penyanyi misalnya, memang sekarang ini tidak ada ‘job’ untuk membuat persembahan pentas. Jadi mereka perlu menjadi kreatif untuk menjana pendapatan.

“Mereka boleh membuat persembahan secara streaming menerusi aplikasi tertentu dan boleh menjana pendapatan di situ,” ujarnya Awie yang turut sibuk mempromosikan jualan sambalnya dalam media sosial.

Bagi penyanyi Hazama pula, menyedari tawaran untuk membuat persembahan pentas sudah tidak ‘selebat’ seperti sebelum ini, dia kini memberi fokus jualan laksanya untuk menjana pendapatan.



Pelantun lagu Penglipurlara itu bagaimanapun tetap bersyukur kerana masih mempunyai sumber pendapatan lain menerusi perniagaan tersebut.

Kisah ‘lockdown’ Awie, Hazama, Elly Mazlein
HAZAMA fokus jual laksa.

“Pendapatan sebagai penyanyi memang terjejas teruk. Tetapi alhamdulillah, laksa saya sekarang sudah pun memasuki pasaran di luar Kuala Lumpur. Pelanggan boleh membelinya menerusi aplikasi jual beli Shopee.

“Kalau ikutkan, kerja dalam industri masih ada, tetapi terpaksa ditunda gara-gara lockdown. Ada juga beberapa tawaran berlakon yang saya terima tetapi akan dijadualkan semula apabila keadaan kembali stabil,” ujarnya.



Selebriti serba boleh, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom, pula menyifatkan pelaksanaan total lockdown tidak menjejaskan kariernya sebagai pengacara memandangkan dia masih boleh bekerja di dalam studio.

“Alhamdulillah saya banyak buat rakaman dalam studio dan akan sibuk sehingga bulan Ogos nanti. Kalau ikutkan saya ada penggambaran untuk sebuah drama bersiri, namun terpaksa ditunda.

“Kandungan saya pun sudah memasuki usia lima bulan dan saya tidak alami masalah untuk terus bekerja walaupun ketika sedang sarat mengandung,” ujarnya.



Terdahulu, pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, keputusan tersebut diputuskan pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid- 19 yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 28 Mei lalu.

Katanya, sepanjang tempoh tersebut semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan MKN. K Online

Kisah ‘lockdown’ Awie, Hazama, Elly Mazlein


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Laksa buka pintu rezeki buat Hazama


Sebaran :


Leave a Reply