Tengku Permaisuri Norashikin sambut tahun kelahiran ke-50, kekal awet muda

Tengku Permaisuri Norashikin sambut ulang tahun kelahiran ke-50, kekal awet muda

Tengku Permaisuri Norashikin sambut ulang tahun kelahiran ke-50, kekal awet muda

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50 hari ini di sebalik wajah baginda yang kekal awet muda.

Menerusi laman Instagram Selangor Royal Official, ucapan tahniah dan selamat lahir dizahirkan dengan memuat naik beberapa keping gambar Tengku Permaisuri Norashikin sehingga menarik perhatian netizen.



“Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan…

“…dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat,” tulis ucapan tersebut.

Hantaran itu meraih lebih 10,000 tanda suka.

Rata-rata netizen seolah-olah tidak percaya dengan usia Tengku Permaisuri Norashikin yang tidak kelihatan seperti 50 tahun, sebaliknya dipuji awet muda seperti umur 30-an.



Tidak dinafikan, kejelitaan dan kelembutan yang dimiliki Tengku Permaisuri Selangor sejak menjadi penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sehingga menjadi suri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Malah, Tengku Permaisuri Norashikin juga dilihat disenangi rakyat dan amat prihatin dengan isu semasa termasuk seorang pencinta haiwan. MG

Tengku Permaisuri Norashikin sambut ulang tahun kelahiran ke-50, kekal awet muda


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


[FOTO] Detik Sedih Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin Menangis Buat Rakyat Sebak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker