[FOTO] Detik Sedih Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin Menangis Buat Rakyat Sebak

Beberapa keping foto Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang kelihatan begitu sedih sehingga mengalirkan airmata tular di media sosial selepas baginda kehilangan ayahanda tercinta, Tuan Haji Abdul Rahman Baba, 89 semalam.

Allahyarham Haji Abdul Rahman Bin Baba meninggal dunia pada jam 3.40 pagi, 20 April 2021 (Selasa) kerana sakit tua di kediamannya di Shah Alam.

Ramai Sebak 

Gambar via BERNAMA

   

Rata-rata pengguna media sosial akui berasa sebak selepas melihat foto yang meruntunkan hati mereka yang diambil oleh petugas media dan istana di majlis pengebumian ayahanda Tengku Norashikin. Di kesempatan itu, mereka turut menitipkan ucapan takziah buat Tengku Norashikin dan keluarga diraja atas pemergian Allahyarham.

Meninggal Dunia Akibat Sakit Tua

Memetik info Selangor Roya Official, Allahyarham Haji Abdul Rahman Bin Baba meninggal dunia pada jam 3.40 pagi, 20 April 2021 (Selasa) kerana sakit tua di kediamannya di Shah Alam. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.Tengku Norashikin merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

Berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur dan semasa hayatnya pernah berkhidmat bersama Askar Melayu berpengkalan di Kem Terendak, Melaka. Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Sumber: Instagram Selangor Royal Office

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker