Caj RM300 seorang angkut warga asing

Caj RM300 seorang angkut warga asing

Caj RM300 seorang angkut warga asing

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang melarikan diri daripada Sekatan Jalan Raya anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Kampung Mongkos, Serian, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, dalam kejadian jam lebih kurang 8.30 malam itu, polis mengejar kereta berkenaan dengan bantuan anggota Team Pemantau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ibu Pejabat Polis Daerah Serian.



“Polis berjaya menahan kereta tersebut bertempat di Jalan Kampung Seroban, kira-kira 45 kilometer dari Mongkos ke Simpang Seroban. Hasil pemeriksaan terhadap kereta tersebut mendapati di dalamnya terdapat seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki Indonesia,” ujar Aswandy menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, lelaki tempatan (suspek) tersebut disyaki terlibat dengan penyeludupan warga Indonesia, yang dilaporkan memiliki pasport sudah tamat tempoh dan tinggal lebih masa di Malaysia.

“Warga asing tersebut masuk ke Sarawak melalui jalan tikus di Kampung Mongkos dan dijemput suspek dengan upah sebanyak RM200 untuk dihantar bekerja di ladang kelapa sawit Simunjan,” katanya.

Turut dirampas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang digunakan oleh suspek yang beralamatkan di Taman Hui Sing, Kuching itu.



Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran

Sehubungan itu, suspek disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran ( ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.

Dalam satu kes berasingan, Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki warga tempatan yang membawa masuk lima pendatang asing tanpa izin ke Malaysia tanpa menggunakan laluan sah pada jam lebih kurang 2.15 petang Rabu.

“Semasa tinjauan, pasukan PGA mendapati terdapat sebuah kereta keluar dari Jalan Ladang Sawit, Kampung Mongkos, dalam keadaan mencurigakan.

“Pasukan terus mengekori kereta itu selama lebih kurang sepuluh minit sehingga di Jalan Kampung Muara Mongkos dan terus membuat sekatan atas kereta tersebut,” ujar Iswandy.



Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki warga tempatan bersama lima lelaki warga indonesia berada di dalam kereta yang ditahan.

“Suspek merupakan warga tempatan berusia 23 tahun yang berasal dari Jalan Stapok, Kuching, sementara lima lelaki warganegara Indonesia berumur dalam lingkungan 20-an.

“Siasatan awal mendapati suspek mendapat upah sebanyak RM300 untuk setiap seorang warga Indonesia yang dihantar ke Kuching,”katanya.

Kes disiasat dibawah Akta ATIPSOM 2007.



Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)

Tambah Aswandy, suspek warga tempatan ditahan reman dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sementara lima warga asing itu ditahan di bawah Akta Immigresen.

Turut dirampas, sebuah kereta milik suspek.

Beliau dalam pada itu menyeru agar penduduk yang tinggal berhampiran perbatasan supaya terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis. UB

Caj RM300 seorang angkut warga asing


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Anggota PGA ditahan cuba seludup pendatang tanpa izin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker