Steady Pak Long, Berkain Pelikat – Ismail Sabri Pandu Kereta Pantau ‘Lockdown’ Di SJR [VIDEO]

Steady Pak Long, Berkain Pelikat - Ismail Sabri Pandu Kereta Pantau ‘Lockdown’ Di SJR [VIDEO]

Steady Pak Long, Berkain Pelikat – Ismail Sabri Pandu Kereta Pantau ‘Lockdown’ Di SJR [VIDEO]

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencuri perhatian netizen apabila memandu kereta sekitar bandar Kuala Lumpur bagi memantau keadaan hari pertama pelaksaan total lockdown yang bermula semalam.

HANYA mengenakan kain pelikat, berbaju kurta dengan ditutupi sehelai jaket, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencuri tumpan netizen ketika membuat tinjauan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ yang bermula pada Selasa.

Tanpa sebarang protokol, Ismail memandu sendiri kenderaannya di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, sebelum singgah untuk melawat petugas barisan hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR).

“Steady Pak Long...Berkain Pelikat Je!” - Ismail Sabri Pandu Kereta Pantau ‘Lockdown’ Di SJR [VIDEO]

Memuat naik video berdurasi 39 saat itu di laman sosial dengan lagu ‘Sakit’ dendangan Yonnyboi bersama Zynakal sebagai latar belakang, ternyata ia meraih pujian dan maklum balas positif daripada netizen.

LIHAT VIDEO DIBAWAH:-

“Mujur time Covid-19 serang, kita dapat pemimpin yang tabah.

“Steady Paklong berkain pelikat je keluar… mantap!

Lebih menarik perhatian, lagu Sakit nyanyian Zynakal bersama Yonnyboi turut dijadikan lagu latar bagi video tersebut.

Sementara itu di ruangan komen, video tersebut telah meraih pujian dan maklum balas yang positif daripada netizen.

“Bagus pemimpin macam datuk. Turun padang, rakyat sayang pemimpin yang prihatin. Tahniah datuk,” puji seorang netizen.

“Yang ni i salute. Terbaik dato. Keluar dengan kain sarung je. Kalau orang lain dah acah-acah keluar dengan beg LV, Gucci, Chanel dll,” kata seorang wargamaya.

“Pakai kain pelikat je tau ronda kotaraya, macam ayah-ayah kita kan,” ujar seorang wargamaya. “Mantap pak long.

Sangat bersahaja walaupun menjalankan tugas,” komen seorang netizen. “Datuk cuba ronda pagi, paling tidak pun tengahari.

“Terima kasih kerana Datuk tak pernah tinggalkan rakyat terkapai-kapai ketika negara dilanda Covid-19 malah sentiasa berusaha sebaik mungkin agar negara ini kembali seperti dulu,” demikian antara komen-komen yang dilontarkan netizen.

Terdahulu, Ismail menerusi perkongsian tersebut meluahkan rasa terharu apabila rata-rata rakyat disifatkan memberi kerjasama dengan kekal di rumah, ketika negara melaksanakan ‘total lockdown’ bermula Selasa

“Juga, berhenti singgah di SJR bertanyakan khabar kepada ‘frontliner’. Insya Allah, kita fight together guys,” tulisnya pada perkongsian tersebut.
Sehingga kini perkongsian di Facebook meraih 2,000 shares dengan dibanjiri ribuan komen netizen.

Begitu jugak dengan laman instagram beliau Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 120,000 tontonan daripada netizen.

Kerajaan pada 28 Mei lalu memutuskan untuk menguatkuasakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara.

Pelaksanaan tersebut berkuatkuasa selama dua minggu iaitu bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Sepanjang tempoh tersebut, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)-mSTAR

Steady Pak Long, Berkain Pelikat – Ismail Sabri Pandu Kereta Pantau ‘Lockdown’ Di SJR [VIDEO]


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ismail Sabri dah tutup pintu depan tapi…?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker