Elok kerajaan PN perintah di ‘alam maya’, sindir Puad



Sebaran :


Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi mempersoalkan mengapa kerajaan tidak boleh mewartakan satu ordinan untuk membenarkan Parlimen bersidang secara maya ketika darurat.

Beliau mengulas kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun yang Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu, sebelum sidang Parlimen secara maya boleh diadakan.

“Apakah di bawah darurat, kerajaan tidak boleh wartakan satu ordinan yang benarkan sidang Parlimen dibuat secara maya? Sebelum itu boleh pula wartakan ordinan di mana kerajaan boleh tambah ‘perbelanjaan’ tanpa kelulusan Parlimen,” katanya dalam catatan di Facebook.



Puad turut mempersoalkan adakah Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mengisytiharkan Parlimen bersidang secara maya.

“Kalau secara maya pun tidak boleh, eloklah kerajaan PN (Perikatan Nasional) perintah di ‘alam maya’. Tidak perlu pintu pun.”

Sebelum ini, Azhar dilaporkan berkata, banyak undang-undang yang perlu dipinda untuk membolehkan Parlimen bersidang secara maya seperti yang digesa banyak pihak. FMT



Turun lawat, tengok sendiri sekolah pedalaman jalani PdPR, kata Puad


Sebaran :


Leave a Reply