Covid : Masing ucap selamat tinggal dari jauh, rasa hiba tak tertanggung

Sebaran :

Covid : Masing ucap selamat tinggal dari jauh, rasa hiba tak tertanggung

Covid : Masing ucap selamat tinggal dari jauh, rasa hiba tak tertanggung

KUCHING: “Rasa hiba kehilangan seseorang yang tidak dapat anda pegang atau lihat buat kali terakhir satu yang tidak dapat ditanggung.
“Ia satu perasaan yang menyedihkan,”.

Demikian luahan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing kepada semua rakyat di negara ini supaya mengambil serius mengenai pandemik COVID-19.



Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Masing memberitahu, adiknya meninggal dunia pada Isnin akibat jangkitan COVID-19.

Covid : Masing ucap selamat tinggal dari jauh, rasa hiba tak tertanggung
Jantai Masing adik kepada Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia akibat COVID-19.

Katanya, melihat dari jauh (pengebumian) adalah satu pengalaman cukup hiba.


Sehubungan itu, tegas Masing, semua pihak harus pandang serius mengenai pandemik COVID-19 selain mengajak rakyat untuk mendapatkan vaksin.

“COVID-19 perlu dipandang serius. Kehilangan orang tersayang yang tidak boleh dipegang atau lihat adalah satu yang tidak dapat tertanggung,” katanya.

Justeru, beliau merayu agar orang ramai sedar betapa bahayanya wabak itu dan beliau mengharapkan program imunisasi dapat dilaksanakan secara menyeluruh dengan segera.

“Semakin cepat kita diberi vaksin, semakin baik,” katanya yang turut menyertakan gambar terakhir beliau bersama adik bongsunya itu di Rantau Penora, Kapit, baru-baru ini.

Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Beliau merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang merupakan parti komponen Gabungan Parti Sarawak dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan Baleh, Sarawak. Awani

Covid : Masing ucap selamat tinggal dari jauh, rasa hiba tak tertanggung


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


561 kematian dalam seminggu, tak sedar lagi ke – Najib


Sebaran :

Leave a Reply