‘Total lockdown’: Jumlah kenderaan menurun



Sebaran :

 

GEORGETOWN – Jumlah kenderaan di bandar raya ini pada pagi hari pertama pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh dilaporkan berkurangan sebanyak 40 peratus berbanding sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, peratusan itu dilihat agak tinggi kerana kebanyakan orang ramai keluar untuk mendapatkan bekalan makanan serta ke pasar.

Menurutnya, bagaimanapun kenderaan pada sebelah tengah hari didapati semakin berkurangan dan pihaknya mendapati orang ramai mematuhi arahan selain tidak berada di luar rumah tanpa sebarang urusan yang memerlukan.



“Polis akan meningkatkan pemeriksaan dalam kalangan orang ramai yang berada di lokasi-lokasi awam bagi memastikan arahan pergerakan dalam jarak tidak lebih 10 kilometer (km) dipatuhi.

“Setakat pagi tadi, peratusan kenderaan di daerah ini dilaporkan berkurangan sebanyak 40 peratus.

“Ia satu perkembangan yang baik dan saya berharap orang ramai akan terus mematuhi arahan agar duduk di rumah,” katanya ketika ditemui di sekatan jalan raya di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke Jambatan Pulau Pinang pada Selasa.



7,105 kes baharu Covid-19, Selangor tertinggi

Beliau berkata, polis akan sentiasa menjalankan pemeriksaan dan mereka yang didapati bergerak melebihi radius dibenarkan tanpa alasan munasabah akan dikompaun.

Tinjauan di beberapa lokasi antaranya Jalan Masjid Negeri, Jalan Dato Keramat, Persiaran Gurney dan Jalan Air Itam mendapati, jumlah kenderaan amat berkurangan.

Sementara itu, tinjauan di SJR Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu bersama Soffian mendapati, sebanyak lima buah kenderaan diarahkan berpatah balik kerana didapati tidak memiliki kebenaran merentas daerah seperti yang ditetapkan.



Soffian sedang memeriksa surat kebenaran merentas daerah daripada salah seorang pemandu di sekatan jalan raya di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke Jambatan Pulau Pinang, pada Selasa.

Soffian berkata, antara kesalahan yang dilakukan pemandu lima kenderaan itu adalah menggunakan surat kebenaran rentas daerah yang lama selain bukan pekerja daripada 17 sektor yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.

Kerah semua menteri, timbalan jayakan program vaksinasi, kata Shabery

Dalam pada itu, Soffian mengingatkan majikan di daerah ini supaya mematuhi arahan kebenaran kehadiran kakitangan ke pejabat sepanjang tempoh ‘total lockdown’ ini.



“Polis akan memeriksa pejabat awam serta swasta menerusi pasukan pematuhan dan pemantauan bagi memastikan majikan mematuhi arahan yang dikeluarkan.

“Arahan membenarkan hanya 20 peratus kakitangan bagi sektor awam manakala 60 peratus bagi sektor swasta pada satu-satu masa,” katanya.

Katanya, polis telah mengenakan kompaun RM10,000 terhadap seorang majikan sebuah syarikat di Lebuh Pantai di sini kerana tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan.



“Pemeriksaan dalam operasi mendapati, majikan tersebut membenarkan jumlah kakitangan ke pejabatnya melebihi daripada yang ditetapkan.

“Saya meminta orang ramai atau pekerja yang mendapati mana-mana majikan yang melanggar arahan kehadiran kedatangan kakitangan ini membuat laporan kepada polis untuk tindakan

Malah, hubungan seksual tanpa nikah masih dianggap tabu menyebabkan gadis muda berdepan kecaman masyarakat sekiranya didapati hamil tanpa ikatan perkahwinan yang sah.-HM



Tiada elaun buat sukarelawan, KKM berdepan kritikan

‘Total lockdown’: Jumlah kenderaan di menurun


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET 


[VIDEO] Janin Ikan Mirip Wajah Manusia


Sebaran :


Leave a Reply