Program vaksinasi lembab, persatuan doktor selar KJ, kerajaan

Program vaksinasi lembab, persatuan doktor selar KJ, kerajaan

Program vaksinasi lembab, persatuan doktor selar KJ, kerajaan

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) membidas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin kerana didakwa meminggirkan doktor swasta dalam melaksanakan vaksinasi secara besar-besaran.

Presidennya, Dr Subramaniam Muniandy, berkata pihak persatuan menulis kepada Khairy pada 2 Mac lalu untuk mengadakan perbincangan mengenai kerahan doktor swasta untuk program vaksinasi itu, namun tidak menerima sebarang maklum balas.



“Menteri sepatutnya turun padang bertemu dengan kami apabila kami menulis kepada beliau. Ia (perbincangan) mungkin merintis jalan bagi menggalakkan lebih ramai doktor swasta untuk menyertai program itu.

“Satu perubahan (dalam program vaksinasi kebangsaan) boleh dicapai jika beliau menunjukkan sedikit minat,” kata Subramaniam dalam kenyataan.

Beliau berkata, setiap hari Khairy dihujani dengan soalan berkait kelewatan program vaksinasi justeru, beliau sepatutnya menjalin kerjasama dengan doktor swasta untuk menggandakan kadar vaksinasi.

“Hanya sekarang, apabila kes Covid-10 dan jumlah kematian mendadak, baru ada desas-desus mahu melibatkan doktor swasta (untuk program vaksinasi).



Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Akses Vaksin

“Di mana Kementerian Kesihatan dan JKJAV (Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Akses Vaksin) sebelum ini? Atau adakah kita lebih cenderung menunggu perkara buruk berlaku sebelum bertindak?,” katanya.

Menurut Khairy, sejumlah 2,500 doktor swasta sudah berdaftar untuk program vaksinasi dan daripada jumlah itu 1,800 menjalani latihan yang ditetapkan.

Bagaimanapun, Subramaniam menjelaskan, semua doktor swasta yang terlibat itu “tergantung” dalam keadaan tidak menentu kerana tidak ada sebarang pengumuman lanjut daripada kerajaan.

“Sehingga penghujung April, kebanyakan 2,500 doktor swasta sudah menjalani latihan dan mereka bersedia memulakan vaksinasi awal Mei, namun mereka dibiarkan.



“Mereka menunggu makluman lanjut daripada kerajaan. Adakah menteri penyelaras sedar perkara ini? Jika sedar, mengapa masih tertangguh (kerahan doktor swasta)?,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya bekerjasama dengan semua pemegang taruh sebelum membuat sebarang keputusan.

“Satu sebab utama mengapa kerajaan hari ini gagal mengawal situasi Covid-19 walaupun sudah tiga kali PKP dilaksanakan ialah kerana tidak mahu mendengar (pandangan). Banyak cadangan (diberi) tetapi mereka tidak mahu mendengar. Dasar dibuat sendiri, tanpa kerjasama pemegang taruh.

“Bagaimana kerajaan mahu mengawal pandemik apabila masih bertindak bersendirian, malah menolak bantuan pihak lain?,” katanya. FMT



Program vaksinasi lembab, persatuan doktor selar KJ, kerajaan


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Laman web vaksin ‘harga Yahudi’?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker