Jerebu tebal, kota Palembang ‘ghaib’

Kebakaran hutan yang marak di Sumatera Selatan sejak beberapa hari lalu menyebabkan ibu negeri wilayah berkenaan, Palembang ‘hilang’  kerana jerebu terlalu tebal, lapor media tempatan hari ini.

Menurut saluran berita CNN Indonesia,  jerebu yang masih meliputi bandar Jambi dan Palembang mendorong pemerintah mengarahkan sekolah-sekolah melaksanakan pembelajaran secara online.

Arahan supaya pelajar mengikuti kelas online dari rumah  dikeluarkan oleh Perkhidmatan Pendidikan Wilayah Jambi. Arahan tersebut bermula hari ini dan esok.



Pembelajaran secara online turut dilaksanakan di Palembang ekoran jerebu di bandar berkenaan masih serius, demikian menurut portal berita  detikSumbagsel.

Sekolah-sekolah di Palembang juga mula melaksanakan sistem pembelajaran secara online hari ini.

Dalam pada itu, kualiti udara di Palembang memasuki tahap  bahaya dengan mercu tanda  bandar tersebut, Jambatan Ampera nyaris ‘hilang’ daripada  pandangan akibat jerebu terlalu tebal.

Gambar dari udara yang dirakam semalam menunjukkan jambatan itu hampir tidak kelihatan kerana  jerebu,  manakala data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik menunjukkan kualiti udara di Palembang berada pada tahap bahaya,  kesan daripada kebakaran hutan di Sumatera Selatan. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker