Pelakon watak ‘Faridah’ Keluarga 69 meninggal dunia

Sebaran :

Pelakon watak 'Faridah' Keluarga 69 meninggal dunia

Pelakon watak ‘Faridah’ Keluarga 69 meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Permata seni hiburan tanah air Toh Puan Julie Faridah @ Joria Basir yang terkenal dengan watak ‘Faridah’ menerusi filem Keluarga 69 arahan Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1967 meninggal dunia pada Ahad.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah berkata, dia dimaklumkan, Allahyarham Joria menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pantai di Ipoh pada jam 1.37 pagi akibat jangkitan virus di sisi ketiga-tiga anaknya, dua minggu selepas dimasukkan ke hospital.

“Beliau juga pernah muncul dalam filem Mekanik pada tahun 1983. Beliau dilahirkan pada 25 November 1944 di Bentong Pahang.

‘Toh Puan Julie Farida melupakan hasrat untuk terus aktif di dalam dunia seni disebabkan mengikut arwah suami beliau Datuk Seri Azizul Hassan yang bekerja sebagai Pegawai Kanan Polis pada ketika itu yang bertugas dan berpindah-pindah.

“Jenazah beliau dimandikan dan dikafankan di rumah di Jalan Watson Ipoh sebelum dibawa ke Perkarangan Masjid Dato’ Panglima Kinta untuk dikebumikan bersebelahan kubur suami beliau sekitar jam 11 pagi semalam.

“Segala perjalanan urusan pengkebumian juga berjalan lancar dan bagi pihak keluarga arwah sangat terharu kerana arwah ibu mereka diberikan penghormatan untuk disemadikan di tanah perkuburan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kata Hafiz, anak Joria ketika menghubunginya juga memaklumkan, Allahyarham meninggalkan tiga orang anak iaitu seorang lelaki dan dua perempuan.

“Allahyarham juga berbesan dengan Raja Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail kerana anak lelaki beliau Mohammad Yaakob berkahwin dengan anak bongsu Tuanku Raja Perlis, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis Sharifah Fariza Binti Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin.

“Seluruh Kepimpinan Tertinggi dan barisan Exco Seniman mengucapkan takziah buat ahli keluarga dan semoga tabah hadapi ujian ini. Al fatihah,” ujarnya.
Awani

Pelakon watak ‘Faridah’ Keluarga 69 meninggal dunia


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Salmah jumpa pontianak menyerupai Maria Menado


Sebaran :

Leave a Reply